Strategi HOPE Rasulullah S.A.W dan Politik Islam Pasca PAS

Oleh: Madah Pujangga

strategiPemimpin yang mampu menggerakkan pengikutnya ke hadapan ialah pemimpin yang mempunyai aspirasi dan berwawasan. Golongan ulama yang kini menguasai PAS nyata sekali semakin cenderung membawa PAS kepada UMNO. Wawasan yang dibawa golongan ini ialah “unity government”, iaitu ingin bersatu demi kepentingan Melayu dan Islam. Idea ini muncul kerana kebimbangan di kalangan ulama dalam PAS bahawa sejak PRU 2008 bahawa pengaruh golongan bukan Melayu dilihat sebagai semakin kuat. Mereka semakin bersatu menyokong DAP. Pada ketika yang sama, orang-orang Melayu berpecah.

Oleh itu, apabila Anwar Ibrahim berjaya mendapat sokongan yang secukupnya untuk menubuhkan kerajaan baru pada September 2008, Presiden PAS enggan menyokong inisiatif itu. Alasannya jumlah MP bukan Islam lebih ramai dari MP Islam dalam kerajaan baru yang bakal ditubuhkan. Presiden PAS menganggap ini akan menjejaskan kedudukan Islam dan Melayu. Sejak itu, sentimen ingin bersama UMNO sudah berputik di kalangan sebahagian ulama di dalam PAS. Malahan, pada tahun 2008 mereka telah mengadakan rundingan sulit dengan UMNO untuk bersatu menubuhkan kerajaan di Selangor dengan Menteri Besar yang dilantik dari kalangan PAS. Namun, selain dari ingin bersatu dengan UMNO, golongan ulama ini tidak pula pernah mengenenggahkan wawasan masa depan Malaysia yang mereka ingin utarakan selain dari konsep-konsep serta saranan umum dan hudud.

Perhitungan yang digunakan golongan ulama dalam PAS adalah sekadar conggak ilmu hisab (arithmetic calculation). Metrik kerjayaan adalah berdasarkan jumlah MP, bukan kekuatan idea atau agenda yang di bawa. Satu kejayaan yang telah dicapai Barisan Alternatif dan seterusnya Pakatan Rakyat sebelum ini ialah mencapai kata sepakat mengenai kerangka dasar bersama. Ketiga-tiga parti turut bersetuju mendokong perlembagaan Malaysia yang sedia ada. Ini bererti mendokong segala peruntukan mengenai kedudukan agama Islam, raja-raja Melayu, Bahasa Malaysia dan hak istimewa orang Melayu. Pakatan Rakyat wujud kerana disatukan satu gagasan yang lebih baik dari yang diberikan BN. Dalam satu kerajaan pakatan, mustahil untuk mana-mana parti mengubah perlembagaan Malaysia bersendirian. Pindaan perrlembagaan memerlukan undi dua pertiga.

Lebih penting ialah bagaimanakah kita menilai conggak ilmu hisab (arithmetic calculation) yang naif ini? Apakah pandangan Islam mengenai pemikiran sebegini? Apakah contoh yang dapat kita lihat pada Rasulullah s.a.w? Apakah strategi politik yang digunakan Rasulullah s.a.w. dalam hubungannya dengan bukan Islam?

Terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan Abu Daud di mana Rasulullah s.a.w. menyebut akan wujud keadaan di akhir zaman di mana seluruh dunia akan mengerumuni umat Islam untuk memusnahkan mereka. Lalu para sahabat bertanya adakah ia kerana umat sedikit ketika itu. Rasulullah menjawab bahawa tidak, sebaliknya umat Islam ketika itu ramai tetapi mereka ibarat buih. Pada mereka wujud penyakit “wahan” dalam hati mereka. Baginda kemudiannya menerangkan bahawa wahan ialah penyakit cintakan dunia dan takutkan mati.

Jelas dari hadith ini, jumlah yang ramai itu tidak semestinya satu kekuatan mahu pun menjamin kesejahteraan ummat. Apatah lagi jumlah yang ramai ini dibentuk dari penyatuan dengan golongan yang korup dan menyeleweng. Malahan, kemungkinan pula penyakit “wahan” yang luas merebak di kalangan satu pihak akan menjangkiti pihak yang satu lagi. Sikap lembut dan berlunak di kalangan ulama terhadap skandal-skandal yang muncul sejak kebelakang ini menunjukkan gara-gara mereka mungkin dijangkiti ‘wahan”. Belum lagi bersatu sudah hilang semangat amru bil maaruf nahyi `annil mungkar. Barangkali ada pemimpin ulama yang merasa terhutang budi selepas tiket kapalterbangnya dinaiktarafkan oleh PM ketika pemergian beliau ke Yemen. Sekadar dinaiktarafkan tikit kapalterbang sudah cukup melunakkan pendirian beliau. Inilah wahan!

Sebenarnya pendekatan conggak ilmu hisab (arithmetic calculation) ini adalah satu pendekatan cetek yang gagal memahami dinamik politik dan melakukan penilaian strategik. British berjaya bertapak di Perak hanya dengan menghantar sebuah kapal perang. Tidak perlu pun menggerah bala tentera yang besar. Demikian juga, Amerika dan sekutunya yang berjumlah setenggah juta askar berjaya menewaskan tentera Saddam Hussein yang berjumlah sejuta orang di bumi mereka sendiri. Israel, sebuah negara yang kecil dengan penduduk lebih kurang 4 juta orang, tidak dapat ditewaskan oleh negara-negara Arab. Kalau dihitung berdasarkan conggak ilmu hisab (arithmetic calculation), kesemua kemenangan-kemenangan ini mustahil dapat dicapai. Sebaliknya, kemenangan-kemenangan ini dicapai kerana pemimpin-pemimpin terbabit dapat melihat melebihi sekadar conggak ilmu hisab (arithmetic calculation) sahaja. Sebaliknya, tindak-tanduk mereka dirancang dengan teliti berdasarkan gambaran menyeluruh suasana yang dihadapi mereka. Apalah nilainya bersatu bersama Melayu-Islam sekiranya satu golongan dengan mudah membiarkan diri diperkudakan oleh watak seperti Jho Low. Pemikiran politik yang sekadar berdasarkan conggak ilmu hisab nyata terlalu cetek untuk menjadikan golongan ulama sebagai pemimpin yang kredibel.

Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah banyak memberi pengajaran mengenai strategi yang diguna baginda. Madinah pada ketika itu adalah sebuah masyarakat majmuk. Suku-suku di situ, khususnya Aus dan Khazraj, sudah lama bersengketa. Selain mereka, terdapat juga suku-suku lain dan penganut Kristian dan Yahudi. Kalau dinilai berdasarkan conggak ilmu hisab (arithmetic calculation) semata-mata, Madinah bukanlah destinasti yang menarik untuk berhijrah. Sejarah persengketaan di sana bererti ia adalah satu masyarakat yang tidak stabil. Terdapat puak-puak dan individu-individu yang kuat dan berpengaruh yang sudah bertapak di sana. Ini termasuklah Abdullah Ibn Ubay yang merasakan dia sepatutnya menjadi raja Madinah.

Dari segi conggak ilmu hisab (arithmetic calculation) pula, ummat Islam di Madinah tidaklah ramai. Malahan, mereka adalah golongan minoriti. Ketika Rasulullah s.a.w. mengambil bai`ah Aqabah yang pertama, ia hanya melibatkan 12 orang. Pada bai`ah Aqabah kedua, 75 orang memberi bai`ah kepada baginda. Ini bererti baginda hanya mempunyai hanya 87 orang penduduk Madinah yang memberi ikrar taat setia kepadanya ketika beliau berhijrah ke Madinah.

Ketika perang Uhud, orang Islam hanya dapat mengerah 1,000 orang askar. Namun, satu pertiga merupakan golongan munafiq yang berpatah balik sebelum mereka tiba di Uhud. Ini bererti pengikut setia Rasulullah di Uhud hanya 700 orang. Jika kita mengandaikan setiap mereka mempunyai 4 orang ahli keluarga, ini bermakna jumlah penduduk Islam yang setia kepada baginda di Madinah hanya sekitar 2,500-3000 orang. Riwayat mengenai Perang Ahzab menunjukkan bahawa 700 orang Yahudi dari Banu Quraizah telah dihukum setelah mereka menyebelahi musuh yang mengepung Madinah dan mengkhianati perjanjian mereka dengan Rasuulah. Ketika berlaku persengketaan di antara orang Islam dan suku Yahudi Banu Qainuqa, kekuatan suku Qainuqa adalah sebanyak 700 orang askar. Pada ketika yang sama, terdapat juga suku Yahudi Banu Nadhir yang jumlah kekuatannya tidak diketahui. Jika dihitung jumlah pendduduk Yahudi di Madinah, jumlah mereka nyata sekali melebihi penduduk Islam. Jika turut diambilkira golongan munafiq yang sekurang-kurang 300 orang lelaki dewasa, kesemua mereka berjumlah 1,700 lelaki dewasa. Jika diandaikan setiap lelaki dewasa mempunyai 4 ahli keluarga, jumlah Yahudi dan munafiq di Madinah ialah sekitar 6,800-7, 000 orang. Sekiranya, kita menambah pada jumlah ini penduduk yang tidak memeluk Islam dan penganut Kristian, nyata sekali golongan Islam di Madinah merupakan golongan minoriti. Dari segi ekonomi pula, ia banyak dikuasai oleh suku-suku Yahudi. Banu Nadhir memiliki tanah pertanian yang paling subur di Madinah.

Namun, bagaimanakah Rasulullah s.a.w. berjaya memerintah Madinah dan akhirnya mengembangkan Islam? Jika strategi baginda hanya berdasarkan conggak ilmu hisab (arithmetic calculation), sudah tentu yang perlu diutamakan ialah mencapai “numerical superiority”. Jika inilah keutamaan baginda, maka jalan terbaik ialah mengusir semua penganut bukan Islam dan golongan munafiq di Madinah. Tetapi Rasulullah s.a.w. tidak bertindak sedemikian. Nyata sekali perancangan strategik baginda tidak ditentukan conggak ilmu hisab (arithmetic calculation) yang cetek semata-mata.

Sebaliknya, pendekatan yang diambil baginda menunjukkan ketajaman penelitian baginda dan kefahaman yang mendalam mengenai dinamik sosio-politik di Madinah. Perhitungan Rasulullah s.a.w. dibentuk oleh pemikiran berdasarkan Higher Order Political Equation (HOPE). Perancangan baginda dibentuk oleh “big picture’ keadaan di Madinah dan semenanjung Arab serta dengan memberi perhatian kepada pertimbangan jangka panjang. Baginda sedar bahawa penerimaan terhadap pemerintahannya oleh semua golongan, termasuk golongan bukan Islam adalah penting. Oleh itu, Higher Order Political Equation (HOPE) yang baginda rumuskan menekankan melindungi kepentingan bersama, bukan memaksakan Islam ke atas orang-orang bukan Islam. Tiada sebarang nas yang menunjukkan baginda atau mana-mana sahabat memaksa mana-mana orang bukan Islam supaya berpakaian menurut peraturan Islam, atau melarang mereka dari memakan dihadapan orang Islam pada bulan Ramadhan.

Walau pun umat Islam teruk ditindas, dihina dan diseksa ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat tidak membiarkan pengalaman silam yang pahit mencorakkan pembawakan pemerintahan baginda. Sebaliknya Rasulullah s.a.w. melihat jauh ke hadapan dan lebih mementingkan usaha menjadikan Madinah “showcase” kesejagatan dan rahmat Islam. Baginda menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang “group centric” tetapi sebaliknya mementingkan kesejahteraan seluruh alam. Islam maju kerana ia diperjuangkan sebagai suatu yang inklusif dan turut menggandingkan golongan-golongan bukan Islam bersamanya, bukan menyisihkan mereka.

Semangat kebersamaan yang dipupuk melalui HOPE Rasulullah s.a.w. inilah yang menyatukan seluruh masyarakat Madinah. Ketika Perang Ahzab, kesemua penduduk Madinah, termasuk golongan bukan Islam, telah bersama-sama mempertahankan Madinah. Ini termasuklah suku Yahudi Banu Quraizah yang telah membekalkan peralatan untuk menggali parit pertahanan, walau pun mereka kemudiannya mengkhianati Rasulullah.

Strategi HOPE yang diambil Rasulullah s.a.w. mempunyai beberapa ciri:

  1. Mengiktirafkan keperluan bersikap inklusif dalam “political equation” dan pemerintahannya. Piagam Madinah dibentuk dalam keadaan umat Islam sebenarnya merupakan golongan minoriti. Tetapi kerana keupayaan berfikir secara strategik, Rasulullah s.a.w. mampu meletakkan Islam menjadi kuasa yang menyatukan Madinah. Sikap inklusif ini bukan sahaja kerana ingin menjaga hati golongan bukan Islam tetapi kerana ia juga penting untuk mengukuhkan Islam sendiri. Sekiranya umat Islam di Madinah wujud ibarat satu qutlah yang terasing dan tersendiri, ia akan menjadi satu pengaruh yang tersisih, mudah digugat dan tidak mampu mencorakkan perkembangan di Madinah.
  1. Melindungi kepentingan semua golongan, termasuklah golongan-golongan minoriti. Ini jelas dinyatakan dalam piagam Madinah. Sebagai contoh, dalam membicarakan mengenai kedudukan suku-suku Yahudi, peruntukan dalam piagam Madinah menyebut “lahum ma lana wa alaihim ma alaiyna”. Ini membawa pengertian mereka mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama dengan orang-orang Islam.
  1. Sentiasa berrtindak adil, termasuklah pada saat-saat genting seperti Perang Ahzab. Walau pun Banu Quraizah telah mengkhianatinya, Rasulullah s.a.w. memberikan mereka “due process” dan mereka dihukum mengikut peraturan kitab Taurah. Hukuman dikenakan hanya ke atas mereka yang melakukan pengkhianatan. Ahli-ahli Banu Quraizah yang tidak diterlibat dalam pengkhianatan tidak dihukum dan sebaliknya dibebaskan. Ini dapat dilhat dari fakta bahawa orang-orang Yahudi terus menetap disekitar Madinah selepas itu. Satu peristiwa yang menunjukkan hal ini ialah pada ketika Ali Ibn Abi Talib menjadi khalifah. Beliau telah membawa seorang Yahudi ke mahkamah kerana mencuri perisainya. Peristiwa ini berlaku selepas Perang Siffin yang tercetus pada tahun 657 M, iaitu 25 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Demikian juga, Rasulullah sentiasa akur dan mematuhi semua janji dan perjanjian yang dibuatnya. Ini termasuklah mematuhi peruntukan-peruntukan dalam perjanjian Hudaibiyah yang berat sebelah dan pada mulanya tidak menyebelahi orang-orang Islam. Baginda tidak sewenang-wenangnya memungkiri janji semata-mata kerana ia melibatkan sesuatu yang baginda sendiri tidak senangi.
  1. Perjuangan Rasulullah s.a.w. dan cara pemerintahan baginda bukan sekadar usaha agenda yang terbatas (limited agenda effort). Perutusan baginda sebagai rasul bukanlah kerana orang-orang Arab tidak memakai serban, atau tidak memakan tamar, atau untuk menjampi kismis, atau sebagai penghukum orang-orang yang melakukan kesalahan. Sebaliknya, baginda diutuskan sebagai rahmat untuk seluruh alam, bukan untuk bangsa tertentu sahaja mahu pun untuk umat Islam sahaja.
  1. Menghidupkan amalan syura yang bermakna. Amalan syura hari ini adakalanya sekadar suatu yang disebut dalam ceramah dan kuliah. Penghayatan amalan syura adakalanya rendah. Rasulullah s.a.w. banyak mengamalkan syura dalam membuat keputusan. Para sahabat amat memahami ini dan banyak bertanya sama ada sesuatu keputusan baginda adalah wahyu atau pandangan peribadinya. Jika pandangan peribadi, mereka akan memberi pandangan mereka dan adakalanya membantah dan berbeza pendapat dengan baginda. Dan baginda tidak pula mempersoalkan wala’ mereka atau menganggap mereka sebagai golongan yang membikin keonaran semata-mata kerana berbeza pendapat dengan baginda.

Tidak dinafikan strategi HOPE Rasulullah s.a.w.beberapa kali teruji, khususnya bila dikhianati suku-suku Yahudi. Namun ini tidak bererti ia gagal. Golongan-golongan minoriti lain, seperti golongan Kristian dan mereka yang masih tidak menerima Islam di Madinah patuh kepada persetujuan yang terkandung dalam piagam Madinah.

Di sinilah timbulnya persoalan, selain dari conggak ilmu hisab (arithmetic calculation), apakah aspirasi yang di bawa golongan pro “unity government”? Yang nyata ialah pelaksanaan hudud. Selain dari itu mereka lebih berbicara mengenai saranan-saranan umum mengenai perlunya kembali kepada Islam, kepada ekonomi Islam tetapi tanpa idea khusus. Dalam isu saperti perubahan iklim global, golongan ulama kelihatan hilang akal. Bila Kelantan dikritik kerana mengizinkan pembalakan sehingga menyebabkan banjir besar Disember lalu, kepimpinan ulama di Kelantan hanya sekadar mampu menjawab bahawa pembalakan telah dihentikan sejak 2006. Nampaknya golongan ulama tidak faham bahawa ekosistem yang telah dimusnahkan oleh pembalakan memerlukan beratus-ratus tahun untuk pulih, bukan sekadar 10-15 tahun. Dalam isu seperti kemerosotan kualiti pendidikan, khususnya dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris, golongan ulama tidak pula mempunyai sebarang pandangan. Demikian juga, dalam masalah yang lebih hampir kepada kedudukan mereka, iaitu kadar penceraian, penagihan dadah dan jangkitan HIV yang tinggi di Kelantan, golongan ulama seolah-olah tidak pun merasakan semua ini merupakan masalah.

Nampaknya, minda pemimpin yang bergantung pada conggak ilmu hisab (arithmetic calculation) yang “simplisitic” ini berfungdsi selari dengan ketandusan idea, aspirasi dan wawasan. Tidak timbul sebarang keinginan untuk membincang mengenai bagaimana membenteras rasuah dan penyelewengan, bagaimana membangunkan ekonomi berteraskan inovasi, bagaimana menjamin keadilan sosial atau memikirkan mengenai pengajaran dari kejatuhan harga minyak. Demikian juga dengan masalah polarisasi perkauman di Malaysia. Mereka tiada gagasan yang lebih baik tetapi sebaliknya turut dihanyutkan oleh sentimen bangsa-agama. Adakah ini bererti sikap dan pendirian PAS tidak lama lagi akan menyerupai kumpulan-kumpulan seperti ISMA, PERKASA dan UMNO?

Bagi mereka yang ingin membentuk perjuangan politik Islam pasca PAS, adalah perlu untuk difikirkan apakah ciri-ciri HOPE yang ingin mereka bawa. HOPE yang mereka rumuskan perlu mampu berperanan sebagai kompas moral dan politik bagi seluruh masyrakat Malaysia. Mereka perlu mengemukakan wawasan yang baru, berbeza dan lebih unggul dari idea-idea cetek dan jumud yang diutarakan oleh golongan kepimpinan ulama. Mereka perlu membawa paradigma pemikiran politik yang lebih hampir kepada pemikiran Rasulullah s.a.w. “Political equation” yang mereka bawa perlu melambangkan kesejagatan Islam sebagai rahmatan lil `alamin dan sebagai agama yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Sekiranya mereka dilihat sekadar mengitar semula idea-idea lama golongan ulama, mereka tidak akan berjaya menjadi alternatif yang lebih kredibel dari PAS.

Mereka yang ingin memperjuangkan politik Islam pasca PAS perlu menterjemahkan prinsip-prinsip maqasid shariah ke dalam konteks masyarakat moden dan majmuk. Mereka perlu bangunkan ilmu mengenai fiqh majmu`at, mengenai bagaimana meterjemahkan Islam ke dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama dan pada ketika yang sama mendokong tujuan yang dihasratkan Islam. Mereka perlu menunjukkan bahawa mereka mampu menjadi tauladan akhlak yang lebih baik daripada kepimpinan ulama. Kesemua ini harus dijadikan sebahagian dari maudhu’ HOPE yang akan mereka bawa. Hanya dengan ini mereka akan diyakini oleh seluruh masyarakat Malaysia sebagaimana Rasulullah s.a.w. diberi keyakinan penduduk Madinah.

 

Artikel Asal dari Kejar.Org.

Tuan, berundurlah demi kebaikan PAS

Hadi-1Tuan surat saya bahagian yang ke-4 ini adalah surat panjang Ramadhan terakhir buat Tuan. Sebagai mengakhiri surat ini saya dengan sukacita dan penuh insaf setelah meneliti dan mengkaji segala perkembangan mutakhir dalam PAS, mencadangkan agar Tuan berundur daripada memimpin PAS. Usah prejudis dengan cadangan dan gesaan ini. Ia dibuat untuk kemaslahatan semua.

Saya jamin Tuan kalau Tuan mengambil tanggungjawab dan amanah ini Tuan tidak akan dipaluti dosa bahkan Tuan akan dialu-alu dan disanjung tinggi.

Sesuatu yang Tuan kena sedar dan insaf kemenangan besar yang diraih dalam muktmar lalu bukan lesen untuk Tuan terus berada di situ. Megah untuk jadi presiden. Kemenangan itu bukan segala-galanya. Tuan pun tahu kemenangan itu bukan dibuat seccara adil dan tepat berdasarkan pencapaian dan keupayaan (prestasi) Tuan sebagai presiden PAS selama ini. Dalam erti kata lain kemenangan itu bukan suatu pengikhtirafan tulen atas kemampuan Tuan.

Pengangkatan Tuan ialah kerana rasa taksub dan takjub ahli kepada Tuan oleh ahli yang sudah diternak dengan diberi makanan dan umpan subur bernama Islam yang Tuan tafsirkan. Tuan sendiri tanpa disedari telah dijadikan modal dan alat oleh golongan yang ingin menguasai PAS, membawa PAS kepada hala tersendiri yang telah dirancangkan demikian rupa.

Sebenarnya Tuan telah dijadikan bahan komoditi oleh sebahagian mereka dengan tujuan-tujuan tertentu. Ia dibuat bukan secara iklas dan diukur dengan kemampuan sebenar jauh sekali untuk menghidupkan PAS yang sudah berjaya membentuk identitinya sendiri dalam persada politik negara di mata rakyat Malaysia dan diyakini menjadi parti masa depan.

Tuan juga terulik dengan pujian yang sama sekali bukan tidak sepatutnya Tuan terima. Sebagai contohnya, penyanjungan Tuan yang dilantik sebagai Naib Presiden Ulama sedunia, hanyalah sebuah nyanyian sahaja. Saya yakin mereka yang tulus dalam membuat penilaian ini dapat mengukur bandingkan Tuan dengan mereka yang lain. Jadi perlantikan itu bukan berdasarkan wibawa Tuan, tetapi kerana wibawa organisasi yang Tuan kepalai, iaitu PAS. Ia adalah dua perkara berbeza.

Hakikat yang ada bukan seperti apa yang digemakan. Tuan hanyalah tin kosong yang kuat dibunyikan tetapi di dalamnya, tidak ada apa-apa. Bolehkah Tuan lena dengan dodoian dan lagu ulik mayang atau puteri beradu seperti mana dinyanyikan sang ibu kepada anak untuk menidurkan si anak. Tahukah Tuan bahawa sang ibu mendendangkan lagu-lagu tradisi itu untuk anak lena agar mereka (ibubapa) boleh melakukan kerja lain yang asyik?

Begitu jugalah dengan Tuan dalam PAS telah dijadikan perkakas dan didodoikan sedemikian merdu dan mendayu agar Tuan lali, tertidur dan lupa kepada hakikat diri selaku khalifah sebenar yang dituntut Allah. Khalifah memimpin manusia dan meletasrikan alamnya bukan memecah mecil dan mengkhianti alam yang indah ini. Tuan juga banyak dituba dengan ratib puji-pujian oleh orang-orang yang ingin menumpangkan Tuan yang ada kepada Tuan untuk kepentingan diri sendiri. Silapnya Tuan disini Tuan tidak memerhati serta memahami perangkap samar itu.

Permintaan saya ini bukan wewenang. Saya ada asas kenapa meminta Tuan berundur scara terhormat. Tuan harus menginsafi beberapa kerosakan besar PAS muasir ini berlaku gara-gara Tuan. Bukan maksud saya sengaja mahu memburuk-burukkan Tuan, tetapi perubahan pegangan dan pendekatan politik Tuan yang tidak konsisten menjadi penyebabnya. Tuhan menganjurkan ahli beristiqamah dengan perjuangan Tuan sendiri tidak istiqamah dengan kata-kata Tuan sendiri.

Tuan juga terlalu sombong dan “agah” dengan pandangan sendiri dan tidak menghormati idea orang lain. Perasaan keagamaan yang tinggi yang ada kepada Tuan menyebabkan Tuan mudah berasakan orang lain jahil. Sikap inilah merupakan satu kesilapan dan dosa besar kepada kesejahtraan PAS lantaran Tuan. Tuan perlu sedar Tuan sudah menjadi liabiliti kepada PAS.

Ternatijah dari itu menyebabkan Tuan sudah hilang aura yang besar dalam PAS. Tuan sudah hilang kepercayaan oleh sebahagian ahli yang lain walaupun Tuan dipuja dan dikultuskan sebagai wali oleh yang sebahagian yang lain. Malang lagi Tuan dicemuh dan dikutuk oleh umum. Tuan kena sedar, Tuan tidak boleh mengakui memiliki sebutir nyiur kalau hanya sebelah sahaja ditangan Tuan dan sebelah lagi ditangan orang lain. Nyiur sebutir itu dikatakan nyiur apabila ia sempurna dalam kebulatannya.

Apa yang berlaku sekarang ini dimana hampir separuh bekas pimpinan PAS menentang Tuan dan memprotes dengan bercadang untuk menubuhkan parti baharu. Kemusnahan perpaduan PAS ini Tuan kena bertanggungjawab, dan bukan boleh menolak dengan anggapan ia adalah takdir dan membuat perumpamaan-perumpamaan Pandir. Rasa tanggungjawab Tuan sebagai pemimpin perlu ada. Kalau sebelum ini Tuan meminta anggota kerajaan bertanggungjawab atas sesuatu yang berlaku, nah kini desakan itu harus ada dalam diri Tuan sendiri, Tuan perlu mendesak Tuan sendiri agar bertanggungjawab ke atas nasib yang menimpa PAS.

Untuk ini Tuan harus bertindak lebih bijak dan tidak mengikut “erel” ahli yang kecewa itu. Di sinilah peranan pemimpin berusaha mengembalikan perpaduan dan keharmonian. Di sinilah perlu pentingnya ilmu diplomasi dan ilmu hubungan kemanusiaan (PR) dalam bertindak. Seorang pemimpin itu jaya atau tidak akan dilihat kepada keupayaan untuk menguatkan parti bukan mencaing-caingkan. Dalam konteks agama pula sejauh mana ia mampu menjadikan wadah yang dipanggungnya membawa Rahamtanlialamin.

Dalam pada itu untuk adil saya memberi kata dua (ultimate) kepada Tuan untuk dijadikan alasan Tuan berundur. Pertama ialah sekiranya Tuan gagal untuk merealisasikan hasrat Tuan menyatukan PAS dengan UMNO. Kedua ialah, sekiranya parti baharu terbentuk selepas raya ini.

Tuan tidak boleh sembunyikan hasrat dan keinginan Tuan untuk menyatukan PAS dengan UMNO atas alasan untuk survive Melayu dan Islam itu. Tuan tidak boleh menafikan hal ini. Kenyataan dan tindak tanduk Tuan membawa ke arah itu. Ia semacam dibuat sebagai penebusan dosa Tuan selama ini yang mengkafirkan UMNO.

Tidak menjadi kesalahan pun kalau Tuan ada fikiran ke arah itu. Ini juga merupakan satu upaya dan kuasa yang ada kepada seorang presiden. Tuan kena buktikan dan laksanakan secepat mungkin. Bukankah Tuan sudah menanam terlalu dalam benih kerjasama itu dalam jiwa Tuan. UG? Tuan tidak perlu berdolak dalik.

Sekiranya hasrat ini gagal dan menemui kehancuran maka wajarlah Tuan berundur sebagai mengambil tanggungjawab. Jadi presiden bukan sekadar untuk dipanggil presiden tetapi yang penting menunjukkan karismatiknya.

Begitu juga sekiranya wujud parti baharu yang sedang diura-urakan ini, Tuan harus bertanggungjawsab. Kewujudan itu kerana kegagalan Tuan memulihkan kembali semangat ukhwah Islamiyah dalam PAS selepas bermuktamar. Kebijaksanaan Tuan diuji dalam hal ini. Tuan sekali lagi tidak boleh berkata, ia adalah takdir. Takdir itu sendiri boleh diterima setelah kita berusaha mengatasinya. Apakah Tuan telah berusaha?

Sekiranya kewujudan parti baharu itu menjadi kenyataan tidak ada helah bagi Tuan melainkan kena berundur. Jadi di sini dua alasan saya kemukakan untuk Tuan berundur.

Saya melihat PAS masih ada waktu tersisa untuk dipulihkan seterus menjadi sebuah parti yang dihormati kalau Tuan berundur. Dan orang yang boleh diserahkan tanggungjawab ini tidak lain dan tidak bukan timbalan presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Melihat kepada gaya, perwatakan dan pendekatan politik diambil Tuan Ibrahim, (menerusi kenyataan dan seruan akhbar) menunjukkan beliau ada daya untuk memulihkan PAS berbanding dengan Tuan.

Pendekatan Tuan Ibrahim dilihat lemah lembut dalam tindakannya walaupun dia nampak tipis dengan pengalaman politik dan sesetengah kenyataan politiknya tawar. Tetapi perwatakan dan sikap sedikit terbukanya menjadi modal untuk dia memimpin PAS.  Sekiranya dia dipandu dengan cara teratur dan diberikan peluang Tuan Ibrahim boleh membentukan arca dalam serpihan cermin diri bapa saudaranya Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tuan tidak perlu menyesal dan rasa terhina kalau mengambil tanggungjawab itu. Bahkan Tuan akan disanjung dan dipuja lebih hebat dari itu sebagai seorang pemimpin yang meletakkan parti mendahului daripada ego diri. Tuan akan dicatat sebagai rekod seorang lagi bekas presiden PAS seperti Yusuf Rawa, yang melepaskan jawatan kepada Fadzil Noor. Segeralah lepas jawatan.

Akhirnya, saya mengucapkan selamat hari raya Aidifitri kepada Tuan semoga Tuan dan kita semua berada dalam keredhaan Allah s.w.t., mesikpun tanpa berkerjasama dengan UMNO.

Salam hormat,
MOHD SAYUTI OMAR.
Wangsa Melawati,
Kuala Lumpur.
Ramadhan 21.

Terima kasih Haron Din kerana percaya saya, kata Najib

image

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan terima kasih kepada pihak yang tidak sewenang-wenangnya mempercayai laporan The Wall Street Journal (WSJ) berhubung dakwaan beliau menerima berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya, termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din.

Najib menegaskan, beliau tidak akan sesekali mengkhianati kepercayaan rakyat Malaysia, apatah lagi harta benda mereka.

“Saya juga menjadi mangsa serangan mereka secara bertubu-tubi yang kebelakang ini kononnya saya songlap duit yang besar masuk dalam akaun peribadi.

“Saya berterima kasih, ramai juga yang kata tidak percaya berita itu, termasuk Haron Din, dia kata tak masuk akal saya lakukan perkara seperti itu,” kata Najib ketika berucap dalam sebuah majlis berbuka puasa di Semenyih, Selangor petang tadi.

“Tentu sekali saya sebagai perdana menteri tidak akan mengkhianati rakyat Malaysia dan harta benda rakyat Malaysia,” katanya. – 5 Julai, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/terima-kasih-haron-din-kerana-percaya-saya-kata-najib#sthash.jdXdOGnv.dpuf

2 Video Ini Cukup Untuk Menerangkan Mengapa Berlaku Pepecahan di Dalam PAS Sekarang Ini

Sejak 2008, sudah ada usaha dari Majlis Syura Ulama (MSU) sendiri yang mahu melaksanakan agenda untuk mewujudkan kerajaan perpaduan (UG) di antara PAS-UMNO di Perak dan Selangor, dan mengkhianati kemenangan yang telah dicapai oleh gabungan PAS-DAP-PKR (pada ketika itu nama Pakatan Rakyat belum wujud). Malangnya ramai yang tidak mengetahui kerana usaha itu berjaya di rahsiakan oleh kepimpinan tertinggi PAS, iaitu di peringkat Presiden dan MSU. Perkara ini berjaya di sembunyikan sehinggakan Tok Guru Nik Aziz sendiri sebagai pengerusi MSU tidak tahu menahu mengenai hal ini. Siapakah di dalam MSU yang terlibat di dalam agenda Kerajaan Perpaduan (UG) selain dari Nasaruddin Mat Isa yang diarahkan untuk menjadi orang tengahnya? Tonton 2 video di bawah:

 

Perkara ini lah yang menjadi punca perbalahan di dalam PAS sehingga mewujudkan apa yang dipanggil Golongan Ulama dan Profesional atau sekarang lebih di kenali sebagai Kumpulan Konservatif dan Kumpulan Progresif di dalam PAS. Bukan kerana di dalam kedua-dua kumpulan ini tiada golongan ulama atau golongan profesional yang menyokong mereka, tetapi kerana perbezaan aliran pemikiran inilah yang menyebabkan berlakunya perpecahan di dalam PAS terutamanya kerana keengganan kumpulan progresif untuk bersama membentuk kerjasama politik dengan UMNO dan mengkhianati majoriti aspirasi rakyat yang mahu menumbangkan UMNO Barisan Nasional melalui Pakatan Rakyat.

Di dalam video di atas juga di paparkan bagaimana kumpulan progresif ini digelar dengan pelbagai gelaran contohnya Anwarinas (yang turut di popularkan oleh Utusan Malaysia), Parasit, Jebon dan sebagainya. Seterusnya bagaimana perancangan telah di buat untuk menyingkirkan kesemua pimpinan kumpulan progresif di dalam PAS dan digantikan dengan kumpulan konservatif yang mesra UMNO. Sehingga ketahap ini UMNO telah berjaya di dalam usaha mereka untuk memerangkap PAS dan memecah-belahkan sesama ahli mereka dan seterusnya memecah-belahkan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat.

Hasil dari itu wujudlah gerakan harapan baru sekarang ini yang tujuan asalnya adalah untuk meneruskan semula perjuangan asal PAS yang dibawa oleh arwah Ust. Haji Fadzil Mohd Noor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang mahukan mengekalkan perpaduan di kalangan ahli-ahli PAS yang mahu menumbangkan UMNO BN dan mengekalkan serta memperkuatkan perpaduan di kalangan kesemua parti utama di dalam Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana sehingga kini adalah dirasakan bahawa inilah platform terbaik yang ada untuk merealisasikan cita-cita tersebut.

Sumber: Artikel Asal Admin Kejar.Org.

Tujuh dalil mengapa Pakatan Rakyat tiada masa depan jika Hadi terus menerajui Pas.

Oleh Zairil Khir Johari

image

Persoalan masa depan Pakatan Rakyat kian menjadi perbincangan hangat berikutan tindakan Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada 19 Mac lalu.

Tindakan secara unilateral itu bukan sahaja bercanggah dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, malah tidak menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 yang dihadiri Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Susulan daripada pindaan enakmen hudud yang diluluskan di Kelantan, Hadi sendiri melakukan tindakan yang lebih mengejutkan, iaitu dengan menghantar pemberitahuan kepada Setiausaha Dewan Rakyat untuk membentangkan rang undang-undang persendirian yang bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membenarkan pelaksanaan enakmen hudud di Kelantan.

Justeru, tindakan Presiden Pas untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian ini boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan muafakat Pakatan Rakyat, lantas menimbulkan persoalan sama ada gabungan politik tiga parti ini boleh terus berkekalan.

Pada saya, jawapannya amat mudah. Tidak mungkin Pakatan Rakyat mempunyai masa depan sekiranya pucuk pimpinan Pas terus diterajui oleh Dato’ Seri Hadi Awang. Saya mengambil pendirian ini bukan hanya berdasarkan tindak tanduk Presiden Pas baru-baru ini, tetapi juga atas tujuh bukti atau dalil yang disenaraikan di bawah:

■ Parlimen Labuan

■ DUN Sungai Acheh (Pulau Pinang)

■ DUN Kota Damansara (Selangor)

■ DUN Panti (Johor)

■ DUN Kota Putera (Terengganu)

■ DUN Bukit Besi (Terengganu)

■ DUN Seberang Takir (Terengganu)

Di atas merupakan tujuh kerusi (enam DUN dan satu Parlimen) yang telah melihat pertandingan tiga-penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Dalam ketujuh-tujuh kawasan tersebut, Pas telah meletakkan calon pada saat terakhir melalui watikah yang ditandatangani oleh presidennya.

Mengikut tatacara lazim, calon-calon Pas akan menerima watikah yang ditandatangani oleh Dato’ Mustafa Ali selaku Setiausaha Agung parti. Demikianlah bagi semua calon Pas yang bertanding dalam kerusi-kerusi yang telah dipersetujui dalam perbincangan dalaman Pakatan Rakyat.

Oleh itu, tindakan Pas untuk bertanding di tujuh kerusi yang sepatutnya ditandingi PKR itu merupakan khianat yang nyata dilakukan dengan restu Hadi sebagai presiden parti. Akhirnya, Barisan Nasional telah memenangi kesemua tujuh kerusi tersebut.

Justeru, mangsa pengkhianatan bukan sekadar PKR dan Pakatan Rakyat, tetapi semua rakyat Malaysia yang mahukan perubahan besar dalam politik negara.

Kemenangan undi popular dalam PRU13 jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menginginkan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara. Saya yakin, pilihan rakyat telah dibuat setelah melihat kerjasama yang erat antara ketiga-tiga parti dalam pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor yang berjaya mencatat prestasi ekonomi yang cemerlang sambil memeliharakan kebajikan rakyat.

Saya percaya kebanyakan akar umbi Pas, sepertimana juga akar umbi DAP dan PKR, menginginkan perpaduan dan kerjasama yang berterusan di bawah payung Pakatan Rakyat. Oleh itu, saya melihat pengkhianatan yang dilakukan oleh sesetengah pimpinan Pas sejak PRU13 lagi sebagai agenda rakus dan jumud oleh puak tertentu yang ingin memecahbelahkan Pakatan Rakyat bagi kepentingan politik mereka.

Pada pendapat saya, selagi dalang-dalang pengkhianatan ini masih kekal berkuasa dalam Pas, tiadalah masa depan bagi Pakatan Rakyat.

Zairil Khir Johari
– Ahli Parlimen Bukit Bendera
– Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP
22 Mac 2015

Pesanan Mufti Perlis kepada Pimpinan PAS

Oleh: Dr. Maza (Mohd Asri Zainal Abidin)

image

Saya tidak mahu campur urusan PAS. Tapi saya mohon berbeza pendapat dalam hal ini jika PAS memerintah Malaysia.

Jika sekiranya kepimpinan itu tidak boleh dipersoalkan tindakan mereka, maka hancurlah demokrasi bagi sesebuah negara. Hari ini betapa banyak tindakan pimpinan negara ini dipertikai oleh rakyat termasuk PAS sendiri sering membantah dan mempersoalkan tindakan kerajaan. Mengapa dibolehkan pula?!

Andainya atas nama ulama yang memimpin jika PAS memerintah nanti maka tindakan kepimpanan negara masa itu tidak boleh dipertikaikan, maka ia sama dengan konsep ‘Wilayatul Faqih’ yang dipegang oleh Khomeini dan Syiah di Iran.

Maka jadilah Malaysia sebuah negara mullah yang hampir sama dengan sejarah kuasa Pope di Vatican dahulu yang telah menyebabkan tercetusnya sengketa dan perang saudara antara Katholik dan Protestan.

Segala impian rakyat untuk melihat negara yang telus, bertanggungjawab dan boleh dipersoalkan atas dasar kemaslahatan politik kenegaraan akan musnah.

Rasulullah s.a.w dan Khulafa Rasyidin sendiri sering ditanya dan dipersoalkan oleh rakyat tindakan politik dan strategi mereka, siapalah kita semua?!

Jika ini impian kenegaraan PAS, maaf saya antara yang tidak mampu mengundi mereka.

Kopi Susu yang sudah di keluarkan susu sudah jadi Kopi O, begitu juga dengan PR

PAS-PKR-DAP-cracked-L-600x360

Oleh: Khalid Samad

Polemik semasa adalah samada Pakatan Rakyat masih wujud atau sebaliknya. DAP dengan tegas menyatakan Pakatan Rakyat sudah terkubur. PKR melalui kenyataan Presidennya, DSWA, telah menyatakan kekecewaannya terhadap usul muktamar PAS dan kenyataan DAP sambil menyebut bahawa “Pakatan Rakyat tidak lagi berfungsi secara formalnya”.

PAS melalui kenyataan yang dibuat oleh Datuk Mustapha Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang baharu, menyatakan bahawa Pakatan Rakyat masih wujud tetapi ‘pengsan’. Pada pagi semalam, 20 Jun 2015, TGHH pula menyebut bahawa Pakatan itu tetap wujud selagimana ada dua parti yang terlibat.

Kesemua kenyataan yang ini, walaupun dilihat bercanggah, ada kebenarannya dan oleh itu tidak hairanlah apabila sebahagian besar masyarakat menganggap ianya mengelirukan. Ia menyebabkan persoalan asal, samada Pakatan Rakyat masih wujud kelihatan seolah-olah masih tidak dijawab!

KOPI SUSU

Untuk menjelaskan keadaan yang sedang wujud, biar saya berikan contoh yang mudah difahamai semua, iaitu contoh ‘Kopi Susu’.

Kopi susu adalah ‘Kopi susu’, selagimana campuran bahannya adalah kopi, susu dan gula. Apabila dikeluarkan susu, maka ianya menjadi Kopi ‘O’. Kalau dikeluarkan gula selepas itu, maka ia menjadi Kopi ‘O’ kosong. Walaupun ianya masih Kopi, tetapi 3 jenis Kopi itu tidak sama malah jauh berbeza. Hanya yang tidak berapa ‘betul’ akan cuba mengatakan bahawa ‘Kopi susu’ adalah sama sahaja dengan Kopi ‘O’!

Maka begitu jugalah dengan Pakatan Rakyat. Ianya gabungan 3 parti iaitu PAS, PKR dan DAP. Apabila salah satu parti dari tiga parti itu keluar, maka walaupun ianya masih lagi ‘Pakatan’, sepertimana yang ditegaskan oleh TGHH, pokoknya ianya bukan lagi ‘Pakatan Rakyat’. Sekiranya ianya di antara PAS dan PKR sahaja, ianya sudah menjadi satu Pakatan Baharu yang boleh dinamakan sebagai Pakatan PKR-PAS. Boleh juga diwujudkan Pakatan lain sekiranya PKR ‘menduakan’ PAS dengan mewujudkan ‘Pakatan PKR-DAP’.

PAKATAN RAKYAT SUDAH TIADA

Pokoknya, setiap parti sudah bebas dari ikatan Pakatan Rakyat apabila salah satu parti komponen mengisytiharkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. Dengan erti kata lain, parti tersebut telah keluar dan dengan itu yang tinggal tidak lagi dinamakan sebagai Pakatan Rakyat. Maka dalam suasana itu, setiap parti bebas bergerak mengikut kehedaknya sendiri. Tiada lagi sebarang ikatan antara mereka kerana Pakatan Rakyat sudah tiada.

Dalam kenyataan Presiden PKR, beliau telah menyatakan bahawa PKR menyokong kerajaan Kelantan yang dipimpini PAS dan menyokong juga kerajaan Penang yang diketuai DAP. Ini merupakan pendirian PKR terhadap kerajaan PAS di Kelantan dan terhadap kerajaan Penang di bawah kepimpinan DAP.

Kenyataan ini perlu dibuat kerana pendirian DAP terhadap kerajaan Kelantan dan PAS terhadap kerajaan Penang adalah berbeza. DAP sudah tidak bersama PAS dan dengan itu tidak menyokong kerajaan Kelantan di bawah PAS. PAS pula, kecuali ingin melakukan U-turn, telah memutuskan hubungan dengan DAP dan dengan itu tidak lagi menyokong kerajaan Penang di bawah DAP.

Saya rasa tidak mungkin PAS melakukan U-turn dan kenyataan TGHH yang menyebut bahawa “dua parti memadai untuk mewujudkan Pakatan” adalah konsisten dengan keyakinan saya ini.

PAKATAN DI SELANGOR

Presiden PKR turut menyebut harapan beliau bahawa PAS dan DAP akan terus menyokong kerajaan Selangor di bawah kepimpinan YAB Azmin Ali. Walau apa sekalipun yang diputuskan oleh PAS dan DAP berhubung Selangor, yang nyata adalah Pakatan Rakyat sepertimana kita kenali selama ini sudah tidak wujud.

Yang boleh diwujudkan sekarang di Selangor adalah samada ‘Pakatan PKR-PAS’ dan ‘Pakatan PKR-DAP’ atau kedua-duanya secara serentak. Pakatan PKR-PAS boleh diwujudkan di Kelantan, atau sebaliknya PAS boleh bersendirian di situ. Pakatan PKR-DAP pula boleh diwujudkan untuk Pulau Pinang. Pakatan PKR-PAS dan Pakatan PKR-DAP boleh pula diwujudkan secara serentak di Selangor.

Mungkin untuk Selangor kewujudan Pakatan antara PAS, PKR dan DAP boleh dirundingkan kembali. Namun ianya merupakan sesuatu yang sukar apabila hubungan dan kerjasama antara PAS dan DAP diputuskan sepertimana yang dituntut dan didesak melalui usul DUPP. Oleh itu pendekatan dua Pakatan serentak untuk Selangor kelihatan sebagai satu-satunya pendekatan yang boleh diguna-pakai. Asas kedua-dua Pakatan perlu dirundingkan antara PKR dan PAS dan juga PKR dan DAP.

Namun bagaimana masalah ini ingin diurus perlu diserahkan kepada saff pimpinan untuk menyelesaikannya. Mereka telah berkerja keras untuk menjadi pimpinan, maka adalah diharapkan bahawa mereka akan mampu menanganinya dengan baik.

SIFAT PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat turut mempunyai sifatnya tersendiri dengan dasar ‘common policy framework’atau ‘kerangka dasar bersama’ yang bertujuan untuk menyelaras ketiga-tiga parti apabila mereka bergerak sebagai satu Pakatan.

Ia mempunyai mekanisme penggubalan dasar tersendiri iaitu ‘government by consensus’ atau ‘mentadbir berdasarkan persetujuan bersama’ yang telah turut merupakan salah satu ciri utama Pakatan Rakyat.

Ia turut mempunyai kaedah untuk menangani perbezaan yang disedari kewujudannya dari sejak asal, iaitu kaedah ‘agree to disagree’ atau ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’.

Samada dasar-dasar itu akan terus dipegang oleh ketiga-tiga parti yang terlibat dan samada ianya akan diserapkan di dalam Pakatan PKR-PAS atau Pakatan PKR-DAP terpulang kepada perundingan yang bakal dilakukan. Sudah pasti Pakatan PKR-PAS tanpa adanya DAP akan berbeza berbanding Pakatan PKR-DAP tanpa PAS.

Dikhuatiri akhirnya akan didapati sama sahaja.

KESIMPULAN

Bagi saya kedudukan Pakatan Rakyat adalah jelas dan nyata. Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. Istilah ‘pengsan’ atau komatose, tidak berfungsi secara formal atau sebagainya adalah hanya istilah-istilah yang mengaburi hakikat sebenar. Lebih awal diakui keadaan yang sebenar, maka adalah lebih mudah untuk mengusahakan pembaik-pulihan dan pembetulan sekiranya perlu. Tiada manafaat menipu diri dengan mengatakan kesemuanya baik dan OK sedangkan pada hakikatnya ianya sebaliknya.

Ada yang berkata bahawa seseorang itu hanya akan menghargai sesuatu apabila sudah kehilangannya. Mana tahu secara tiba-tiba selepas tiadanya Pakatan Rakyat, yang kuat menghentam Pakatan Rakyat siang malam tiba-tiba berubah dan mula menghargainya! Mungkin tiba-tiba akan disebut bahawa diperlukan Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan BN yang sedang tenat.

Sekiranya itu berlaku; persoalannya, adakah ianya boleh dipercayai?

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Kita bekerjasama dengan semua parti yang tidak cauvinis – Hadi Awang

hadi2Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendiriannya iaitu Pakatan Rakyat (PR) masih wujud dan menegaskan walaupun ia kini terdiri daripada 2 parti – PAS dan PKR, tanpa DAP tetapi ia tetap satu pakatan.

Keyakinan beliau itu dinyatakannya hari ini memandangkan tiada sebarang pendirian yang dikeluarkan PKR berhubung masa depan PR.

“Selagi PKR tidak buat keputusan, maksudnya ia masih bersama (PR). Apa makna ‘pakatan’? ‘Pakatan sekurang-kurangnya perlu ada 2 (parti). Kalau satu jadi pakatan tak? Tidak boleh.

“Ini saya berjalan.. Saya masih hidup (PR masih hidup),” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di bazaar Ramadan Jalan Raja Alang di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.

PAS meluluskan tanpa bahas usul Dewan Ulama memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP pada muktamar tahunannya ke-61 awal bulan ini. Susulan itu, DAP mengumumkan PR bubar secara rasminya.

Bagaimanapun, Hadi baru-baru ini membuat kenyataan menyatakan PR masih belum berkubur.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula tidak menjelaskan pendiriannya, sebaliknya hanya menyatakan PR kini tidak lagi berfungsi secara rasmi.

Ditanya adakah keputusan PAS untuk bekerjasama dengan PKR kerana ingin mengekalkan kedudukan mereka di Selangor, Hadi menegaskan parti Islam itu akan bekerjasama dengan sesiapa saja kecuali golongan yang dianggap “cauvinis”.

“Kita bekerjasama dengan semua parti yang tidak cauvinis,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hadi turut ditanya mengenai bekas calon presiden yang dikalahkan semasa pemilihan lalu, Ahmad Awang, yang dilaporkan bakal menyaman beliau atas kenyataannya semasa muktamar lalu.

Ahmad berkata semalam, Hadi mendakwa beliau merupakan calon DAP.

Hadi dengan ringkas menjawab hari ini, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan begitu.

“Tidak saya tidak ada kata begitu.. tidak ada cakap apa-apa,” katanya.

Menjelang pemilihan pada muktamar itu, Hadi dalam satu kenyataannya yang disebarkan melalui video mendakwa, pertandingan itu antara calon pilihan DAP dan calon pilihan PAS.

“Boleh pilihlah antara yang DAP hendak atau yang kita (PAS) hendak,” katanya dalam rakaman video yang disebarkan secara meluas melalui media sosial khasnya di kalangan perwakilan muktamar itu.

Ahmad memberitahu The Malaysian Insider semalam, beliau sedang mengkaji tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah beliau sepanjang kempen pemilihan itu, termasuk Hadi.

“Saya sedang kaji tindakan itu (saman), termasuk presiden yang menuduh saya sebagai calon DAP,” katanya.

“Ini (fitnah) saya tidak boleh terima dan saya akan bersihkan nama baik saya,” katanya yang tewas dalam pemilihan itu apabila hanya mendapat kira-kira 25% sahaja dari keseluruhan jumlah undi. – 21 Jun, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-masih-hidup-walaupun-dengan-2-parti-kata-hadi#sthash.GP8F6SYu.dpbs

Mengapa tiba-tiba PAS berubah sikap sokong Anwar & PKR?

Oleh: VETERAN PAS

image

Memang pelik dengan sikap dan pendirian pemimpin PAS, terutama kumpulan konservatif yang menang besar baru-baru ini. Semasa krisis MB Selangor dulu, apa yang mereka tak kata pada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Pelbagai tohmahan di lemparkan kepada Anwar dan Azizah sehingga ada di kalangan orang PAS yang sanggup mengatakan Anwar sejak dari MCKK lagi telah melakukan kerja maksiat liwat itu, tuduhan yang langsung tidak bertanggungjawab tanpa sebarang bukti dan berniat jahat.

Wibawa Azizah diperlekehkan secara terbuka. Anwar digelar Ketum, dengan nada menghina. Presiden Pas, Haji Hadi Awang di depan umum mempersoalkan keupayaan Azizah, yang dicadang Pakatan Rakyat menggantikan Khalid Ibrahim.

Khalid Ibrahim disokong dan disanjung seolah-olah PKR tidak tahu menguruskan hal dalaman parti mereka sendiri. Apabila mereka menjatuhkan hukuman kepada Khalid Ibrahim sudah tentulah mereka mempunyai sebab musabab yang sahih jika tidak mengapa mahu bersusah payah mahu tukar MB? Jika mereka boleh begitu bertegas dalam isu lembu Shahrizat mengapa pula dalam isu Khalid Ibrahim mereka hendak tutup mata?

Juak-juak Presiden Pas, khususnya Dr Zuhdi Marzuki sudah tidak ada rasa hormat lagi dengan Anwar. Direka pelbagai teori karut-marut, terutama berkaitan survival bangsa Melayu, untuk menjahanamkan reputasi Anwar dan PKR.

Anwar dipaparkan seolah-olah pengkhianat umat Melayu dan perosak agama Islam. Hanya Pas yang suci dan bersih, itupun pemimpin yang dikira bersama Haji Hadi dan geng ulamak sahaja.

Jika diukur dari segi pengorbanan terhadap agama dan negara, pengorbanan Anwar adalah jauh lebih besar. Beliau sanggup mengorbankan kedudukan sebagai bakal Perdana Menteri dan sanggup memilih untuk meringkuk dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan demi menjaga perjuangan. Apakah pimpinan PAS yang ada sekarang pernah mengalami cabaran seperti itu dan boleh mengharunginya seperti Anwar?

Ramai yang dengar cerita bagaimana layanan buruk Haji Hadi kepada Anwar, yang datang ke Rusila untuk membincangkan hal MB Selangor. Anwar sebagai tetamu yang datang dari jauh langsung tidak dirai. Hilang nilai sebuah persahabatan.

Bila Anwar ditimpa malang buat kali kedua, dan dihantar ke penjara, cuba kita kenang balik, bagaimana reaksi pemimpin PAS geng ulamak ini. Mereka sanggup berbuat seperti sekarang sedangkan sahabat lama mereka itu sedang dipenjarakan sekali lagi dan kini berada di dalam kesihatan yang membimbangkan.

Cuba kita lihat keadaan hari ini bila PAS sudah putuskan hubungan dengan DAP. Pakatan Rakyat sudah musnah, ahli-ahli PAS berantakan sesama sendiri dan Haji Hadi hanya membiarkan perkara itu berlaku tanpa melakukan apa-apa tindakan pencegahan sehingga wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS yang merupakan seorang India menegur kepimpinan ulama PAS dengan bertanyakan kepada mereka inikah Islam? Suatu aib yang tidak di rasakan apa-apa barangkali oleh puak ekstremis PAS ini.

Sepanjang berpakat di dalam Pakatan Rakyat, PAS adalah parti yang paling banyak membawa masalah, PAS is the ‘bad boy’. Bermula dari tahun 2008 mereka mahu mewujudkan Unity Government dengan UMNO, mencuri bertanding di tujuh kawasan PKR dan DAP pada PRU13, isu Langkah Kajang, isu hudud dan sekarang isu usul muktamar perwakilan chai PAS pula. Begitu samsengnya PAS yang kononnya nak jadi abang sulung yang tak mahu dibuli PKR dan DAP.

PAS nak tunjuk lagak dia juga ada siku dan lutut, bukan jadi kuda tunggangan DAP dan budak suruhan Anwar. Mahu tunjuk ego sebagai ketua, seperti Umno ke atas BN, walaupun kerusinya di Parlimen adalah yang paling sedikit.

Namun sekarang apabila Dewan Ulama sudah meluluskan usul tanpa bahas di muktamar dan mereka mula merasakan kepentingan pemimpin-pemimpin mereka mulai tergugat, terutama di Selangor, PAS mula berubah sikap dengan PKR. Parti yang selalu dikutuknya dulu, kini menjadi taruhan untuk terus berkuasa… PAS mendakwa Pakatan masih ada kerana PKR belum keluar. Harapan hanya dengan PKR dan Anwar, pihak yang dibelasah habis-habisan dulu. Tak tahu malu!

Adaptasi dari: http://muktamarpas61.blogspot.com/2015/06/kenapa-pas-berubah-sikap-terhadap-anwar.html?m=1

Pakatan sebenarnya boleh berpecah lebih awal jika menang PRU13 dengan sikap Hadi

image

Pakatan Rakyat mungkin berpecah lebih awal jika gabungan pembangkang itu menang dalam pilihan raya umum ke-13, kata tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang.

Dalam kenyataannya, beliau berkata ini kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

“Krisis Pakatan mungkin berlaku lebih awal jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai majoriti kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke-13 dua tahun lalu, kerana Hadi tidak pernah menerima Anwar sebagai calon Pakatan menjadi perdana menteri,” kata Lim.

Tahun lalu, Setiausaha Agung Rafizi Ramli mendedahkan bawa PAS bawah Hadi menolak pencalonan Anwar sebagai perdana menteri sebaliknya menyebelahi pemimpin veteran Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah.

Minggu lepas DAP mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi, manakala PAS masih bertegas Pakatan masih lagi kekal.

Bagaimanapun, Lim berkata gabungan pembangkang itu sebenarnya telah mati sekurang-kurangnya setahun yang lalu, dan hanya wujud sekadar pada nama sahaja.

“Sejak setahun lalu Pakatan wujud hanya pada nama, bukan secara hakikatnya disebabkan Hadi melanggar dua prinsip asas Pakatan, rangka kerjasa dasar bersama Pakatan.

“(Hadi juga melanggar) prinsip konsensus operasi bahawa persetujuan ketiga-tiga parti komponen Pakatan diperlukan bagi melaksanakan mana-mana cadangan Pakatan,” kata Lim lagi.

Sumber: https://mmy.malaysiakini.com/news/302566