Hudud bukan alasan untuk berpecah belah

Oleh: Zairil Khir Johari

Pada Sabtu, 30 Mei 2015, Penang Institute menganjurkan forum peringatan bagi mengenang jasa dan legasi seorang tokoh besar dalam politik Malaysia, Allahyarham Datuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Guru.

Forum yang bertempat di The Light Hotel, Seberang Jaya ini menampilkan MP Kluang YB Liew Chin Tong, MP Parit Buntar Datuk Mujahid Yusoff Rawa dan Nik Omar Nik Abdul Aziz, pengetua Maahad Darul Anuar dan juga anakanda kepada Tok Guru. Forum telah dikendalikan oleh saya selaku moderator.

Topik yang diwacanakan dalam forum itu adalah ‘Islam dan kepelbagaian’ dan perbincangan malam itu telah mengupas dengan lebih mendalam keperibadian Tok Guru.

Ia scara khususnya membincangkan berkenaan persoalan hubungan kaum dan agama serta hubungan parti politik dalam dan luar Pakatan Rakyat.

Tok Guru di akhir hayatnya tidak meninggalkan apa-apa wasiat khusus, baik kepada ahli keluarga atau parti politik yang pernah dipimpinnya, mahupun rakyat secara keseluruhan.

Sebagaimana yang ditegaskan oleh Nik Omar, wasiat yang ditinggalkan oleh Tok Guru adalah keseluruhan kehidupan dan perjuangannya, dan hal ini perlu diteladani oleh semua pihak.

Sifat istiqamah yang ada pada diri Tok Guru merupakan iktibar yang penting untuk dicontohi dalam sesebuah perjuangan.

Pendirian Tok Guru dalam dalam isu penting seperti isu pelaksanaan hukum hudud, royalti minyak Kelantan dan kebebasan media, sangat jelas.

Allahyarham tidak pernah menukar pendiriannya.

Selain dakwah agama, Tok Guru juga penuh beristiqamah dalam perjuangan politik, khususnya melalui Pakatan Rakyat yang dianggap sangat penting kepadanya.

Malah, Nik Omar telah menceritakan bahawa ketika Tok Guru terlantar di hospital pada akhir hayatnya, sayangnya terhadap Pakatan Rakyat masih kukuh.

Menurut Nik Omar, Tok Guru amat menitikberatkan Pakatan Rakyat sebagai wadah yang paling sesuai untuk mencapai objektif politik Pas serta membawa keharmonian dan kesejahteraan kepada rakyat dan negara.

Walaupun setiap parti mempunyai pendirian yang berbeza dalam sesetengah isu, namun matlamat bersama lebih banyak dan harus menjadi dasar kerjasama.

Begitulah besarnya kecintaan Tok Guru terhadap hubungan parti-parti politik dalam Pakatan Rakyat yang telah terjalin lama.

Kesederhanaan pemikiran Tok Guru dapat dilihat dengan jelas dalam isu perlaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan. Sebagai seorang pemimpin politik dan agama, Tok Guru memiliki pandangan bahawa undang-undang syariah adalah sebahagian daripada Islam.

Allahyarham berpendirian bahawa undang-undang itu perlu dilasanakan sebagai salah satu kaedah dalam menangani masalah jenayah yang makin berleluasa.

Rang Undang-Undang Hudud telah dibentang dan diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak tahun 1993 walau bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan berikutan terdapatnya halangan teknikal.

Namun demikian, Tok Guru jelas sekali tidak mengambil sikap berkeras dalam hal ini. Sebaliknya jelas Nik Omar, Tok Guru lebih gemar mengambil sikap “menerangkan” daripada mengambil sikap “menyerang.”

Untuk menyelesaikan permasalahan seputar persoalan hudud ini, maka perlunya kepada perbincangan dan dialog yang berterusan, baik dalam kalangan orang Islam mahupun dialog antara penganut agama yang berbeza.

Bagi Nik Omar, Pakatan Rakyat adalah wadah yang paling sesuai untuk perbincangan dan dialog disuburkan. Isu hudud tidak boleh dijadikan isu yang mampu untuk memecah-belahkan hubungan baik yang telah terjalin di dalam Pakatan Rakyat.

Tok Guru dalam hal ini sentiasa memberi komitmen yang tinggi untuk memastikan Pakatan Rakyat terus kukuh.

Tok Guru juga adalah tokoh yang meraikan kepelbagaian dan tidak pernah berpegang kepada idea perkauman. Hal ini dimanifestasikan di dalam kepimpinannya yang sentiasa menjaga hubungan baik dengan masyarakat yang pelbagai.

Lantaran itu, Tok Guru sangat disenangi oleh masyarakat Kelantan secara khusus dan rakyat Malaysia secara amnya, baik Muslim dan bukan Muslim.

ZAIRIIL KHIR JOHARI MP Bukit Bendera dan pengarah eksekutif Penang Institute.

Sumber: https://mmy.malaysiakini.com/news/300453

Debat: Suhaizan bersedia, Nik Abduh tak berani!

Suhaizan Nik AbduhKengganan calon Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil sepentas dengan Suhaizan Kayat menerusi program debat atau wacana dianggap sebagai tindakan yang tidak bijak.

Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS, Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar berkata, wujud keperluan bagi dua individu berkenaan untuk tampil menyatakan hala tuju masing-masing menjelang pemilihan kepimpinan baharu sayap itu Jun ini.

“Jika Suhaizan sudah bersedia mengapa Nik Abduh tidak mahu sepentas? Apa salahnya medan wacana ini dijadikan medan tautan ukhuwwah setelah sebelum ini masing-masing sukar duduk bersama sepentas walaupun pernah bekerjasama semasa menganggotai kepimpinan Pemuda PAS di bawah ustaz Nasrudin Hassan.

“Anak muda hari ini mahu melihat idea-idea yang boleh bantu mereka berdepan dengan keadaan ekonomi serta politik yang caca merba,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Sebelum ini, dilaporkan Nik Mohamad Abduh menolak untuk berdebat dengan Suhaizan yang merupakan penyandang jawatan Ketua Pemuda PAS seperti yang dicadangkan sesetengah pihak.

Anak kepada bekas Mursyidul Am PAS itu sebaliknya selesa untuk mengambil pendekatan berdiam diri dan berpendapat adalah lebih wajar sekiranya ahli parti menilai setiap calon berdasarkan prestasi masing-masing.

Suhaizan bagaimanapun menyatakan persetujuan untuk terlibat dalam program wacana bersama Nik Mohamad Abduh dengan hati terbuka.

Komentar Kejar.Org: Kalau debat dengan Suhaizan pun tak berani bagaimana nak debat dengan UMNO?

Sumber: http://greenboc.blogspot.com/2015/05/debat-pemuda-suhaizan-bersedia-nik.html

 

Siasat siapakah gerangan promoter Nik Abduh ?

Suwardi dan Nik AbduhTERSEBAR sudah sekeping gambar menunjukkan bertapa akrabnya calon Ketua Pemuda Pas, Ustaz Nik Muhammad Abduh bersama seorang individu yang dikenali dengan nama Suwardi Yaakub. Walaupun ramai yg tak mengenalinya di dalam politik, Suwardi sebenarnya sangat istimewa kerana ia mempunyai hubungan rapat dengan ramai VIP dan VVIP. Beliau di katakan biasa berhubung dengan menteri-menteri termasuklah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato’ Jamil Khir dan lain-lain VIP dan ada ketika bermain golf bersama mereka.

Suwardi merupakan pegawai khas Dato’ Dr Hasan Ali pada masa beliau menjadi exco Kerajaan Selangor. Pernah dilapurkan bahawa dia adalah di antara individu yan menjadi orang tengah di dalam mengatur pertemuan-pertemuan antara pemimpin PAS dan pemimpin UMNO semasa percubaan membentuk kerajaan kerjasama Umno – PAS di Selangor pada 2008.

Gambar di atas tersebar dan melalui maklumat disebut pertemuan itu dibuat di Perlis. Walaupun salah seorang lagi individu yang berada dalam gambar itu adalah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub namun umum dan ahli Pas tahu Salahuddin hanya jemputan ke program bersama ahli dan kepimpinan Pas di Perlis.

Persoalannya bagaimana individu tersebut yang sebelum ini dikaitkan dengan sebuah parti lawan boleh berada bersama Nik Abduh untuk ke program itu. Biarpun pihak tersebut berasal dari Perlis namun penglibatannya dengan Nik Abduh menjadi tanda tanya.

Andainya isu dan gambar itu adalah fitnah, ahli-ahli terutama pimpinan Pemuda Pas Malaysia mengharapkan Nik Abduh menjawabnya di pentas wacana bersama seorang lagi calon Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat yang juga penyandang jawatan.

Ramai ahli-ahli Pas mahu melihat calon Ketua Pemuda duduk sepentas untuk berkempen secara sihat mengemuka hujah dan aspirasi membawa Pemuda ke mercu jaya bukannya duduk bersama mereka yang boleh menimbulkan keraguan kepada perwakilan untuk menilai.

Artikel asal dari http://muktamarpas61.blogspot.com/2015/05/siasat-siapakah-gerangan-promoter-nik.html

Rakyat akan tumbangkan BN meskipun PAS tinggal Pakatan, kata Mat Sabu

mat-sabu-548x320PAS tidak perlu angkuh dengan sokongan yang dinikmatinya pada ketika ini kerana ia hasil bersama Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Mohamad berkata, keazaman rakyat menukar kerajaan tetap akan diteruskan tanpa mengira sama ada parti Islam itu kekal bersama PR atau tidak.

“Rakyat akan pergi (tukar pemerintah) sama ada PAS ada atau tiada. Di sinilah kita beritahu PAS, jangan ‘eksyen’ (berlagak) sangat.

“Tanpa PAS, rakyat akan pergi juga untuk tukar pemerintahan,” katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur semalam.
Katanya, trend itu dapat dilihat menerusi peningkatan undi majoriti diperoleh PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh dan jumlah peserta himpunan #KitaLawan baru-baru ini.

Beliau berkata, undi majoriti Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tetap meningkat walaupun terdapat pelbagai “fatwa” dikeluarkan sewaktu kempen berlangsung.

Katanya, himpunan #KitaLawan di Kuala Lumpur tetap menggamit kehadiran ramai orang walaupun ia tidak didokong secara rasmi oleh briged sukarelawan PAS, Unit Amal.

Mohamad yang pernah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal itu berkata, kehadiran rakyat di jalan raya kini didorong kumpulan “kuasa ketiga” yang diketuai personaliti seperti Pengerusi Gerakan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Maria Chin Abdullah dan aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim.

“Kumpulan ini semakin membesar dan semakin berdikari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir sebagai tetamu dalam pembentangan tesis ijazah lanjutan oleh sarjana UM, Mohd Ikhwaniata Taib.

Ikhwaniata membentangkan tesis bertajuk “Perjuangan Mohamad Sabu dalam PAS 1978-2013” di Fakulti Seni dan Sains Sosial, UM.

Mohamad dalam ucapannya juga mengulangi kenyataan beliau kesal dengan sesetengah pihak yang dilihat seperti bersedia membantu Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya kekal berkuasa di Putrajaya atas nama ‘pengislahan’ (reformasi).

Katanya, berdasarkan keputusan PRK Rompin dan Permatang Pauh awal bulan ini, sokongan kepada BN jatuh menyebabkan keadaan politik sekarang adalah yang terbaik untuk menukar kerajaan.

“Sebab itu kita tengok Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan gelisah.

“Tetapi dalam keadaan gelisah begitu ada yang pergi bubuh tongkat pula. Ini yang saya rasa pelik.

“Keluar kenyataan kita berpolitik bukan untuk ambil alih kerajaan, tetapi untuk buat pengislahan.

“(Katanya) kalau Najib sanggup buat pengislahan, kita tak payah tukar kerajaan. Bagi kita, tak wujud pengislahan tanpa tukar kerajaan,” katanya.

Walaupun tidak menamakan sesiapa secara khusus, beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini.

Amar sebelum ini dilaporkan berkata, PAS sedia melupakan hasrat menawan Putrajaya asalkan impiannya melaksanakan hudud tercapai.

Sebelum kenyataan itu dikeluarkan, usul PAS meminda beberapa bahagian dalam rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan mendapat sokongan penuh semua wakil rakyat Umno Kelantan dan beberapa pemimpin Umno peringkat nasional. – 26 Mei, 2015.

Pengarang: KC Nazari

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rakyat-akan-tumbang-bn-meskipun-pas-tinggalkan-pakatan-kata-mat-sabu#sthash.dimaKj7s.idwDJc5F.dpuf

Thesis Sarjana mengenai Mat Sabu

tesis matSelalunya para sarjana atau calon sarjana akan mencari dan mengangkat sesuatu isu (tema) atau seseorang (tokoh) bagi dijadikan bahan kajian (disertasi) bagi mendapat ijazah lanjutan seperti master atau PhD. Isu atau tema atau tokoh yang dipilih itu pastilah mempunyai nilai tersendiri dan ada keistimewaan pada pandangan matanya.

Tesis (thesis) bukan sembarangan tulisan, ia bukan pujian-pujian melampau seperti dalam Facebook  ataupun seruan diatas pentas halaqah, atau liqad kerana ia akan dikaji dan dibahas mencari kebenarannya. Tesis bersifat dua hala dan sedia untuk dibahas bukan sahaja didengar kemudian ditelan mentah-mentah. Dan mereka yang menulisnya juga mestilah bertanggungjawab dengan hujah dan fakta akademik. Kalau mengenai seseorang (tokoh) ia akan dikaji latar belakangnya, kehebatan dalam bidang diterjuninya. Kajian itu juga akan meliputi pencapaian seseorang tokoh itu disamping kegagalan, kelemahannya serta lenggang lengguk perjalanannya. Kemudian kajian itu akan membuat kesimpulan terhadap tokoh yang dikajinya itu.

Apabila Mohd Ikwaniata Taib, seorang garduan membuat kajian ke atas perjuangan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ertinya sosok ini ada nilai tertentu baginya. Mohamad Sabu istimewa dan penting untuk dibicarakan di meja hijau. Dan seseorang yang sudah dimasukkan ke dalam tesis, atau pun pendapatnya dirujuk, biasanya dia hebat, unik ataupun memiliki kelebihan-kelebihan tertentu yang baik untuk dikaji.

Tujuan kajian itu sendiri selain mendalami pembawaan seseorang itu tentang pemikiran (fikrah), perjuangannya sudah pastilah ia untuk dijadikan panduan dan ibrah daripada pemikiran dan bentuk perjuangannya kepada generasi akan datang dalam konteks politik sebagai panduan membangun negara dan menyemarakkan jihad.  Memang pemilihan Mohmad Sabu sebagai kajian melengkapkan tesis kesarjanaan (Master) bagi Mohd Ikwaniata adalah tepat. Mohamad Sabu bukan calang-calang orang dalam bingkai perjuangan politik di negara ini amnya dan dalam Pas khususnya. Sumbangan diberikan Mohamad Sabu bukan sedikit, dan paling mahal ialah kekentalan sifat juang yang tidak mengenal kalah. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang senantiasa bersemangat dan seronok dengan perjuangannya. Kecewa tidak pernah dipamer putus asa tidak pernah diukir.

Menyuluh ke dalam frame perjuangannya, Mohamad menjadikan demokrasi dan keadilan sosial yang berlandaskan Islam sebagai akidah perjuangannya. Dua elemen itu adalah kembar siam. Itulah wajah perjuangannya di mana ada kalanya wajah ini tidak terpandang kerana orang lebih memerhati dan mengukur dari segi karektornya. Pakaiannya yang simple, tidak berjubah dan berserban, menyimpan janggut panjang, menyebabkan dia dilihat liar dengan Islam syariat?

Sudah pasti tesis Mohd Ikwaniata boleh dijadikan bahan bacaan bagi sesiapa ingin mengenali Mohamad Sabu secara mendalam dari sudut ilmiah dalam konteks perjuangannya. Dari tesis itu, dapat dikenali, introduction mengenai seorang Mohamad Sabu dibuat secara akademik dan adil yang wajar untuk dijadikan penilaian tuntas. Dalam keadaan Pas kini sedang membuat pemilihan pemimpin elok kalau tesis Mohd Ikwaniata itu dijadikan bahan untuk mengenali Mohamad Sabu. Para perwakilan muktamar yang baru menyibukkan diri dalam Pas, atau mula memasuki Pas dua tiga hari mungkin tidak mengenali siapa dia Mohamad Sabu dan apa sumbangan signifikannya kepada Pas. Tesis berkenaan akan menyediakan ruang atau medan itu serta menjawab kekaburan anda.

Tesis mat sabuUpacara penyerahan tesis itu kepada Mohamad Sabu oleh Ikwaniata dilakukan semalam (25 Mei 2015) di pejabat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), dalam suasana serba ringkas. Seperti apa dikatakan Ikwaniata dia memilih Mohamad Sabu sebagai tokoh kajiannya kerana teruja dengan perjuangan Timbalan Presiden Pas itu. Mulanya dia memilih bekas MB Kedah Allahyarham Azizan Abdul Razak untuk dijadikan bahan kajian, tetapi kerana susah mendapat bahannya, akhirnya ditukar kepada Mohamad Sabu. Penukaran ini sudah memberi gambaran yang Mohamad Sabu senang untuk ditemui dan mesra rakyat.

Sungguh tepat sebagai anak muda yang mencintai demokrasi dan melihat gerakan sosial (NGO) sebagai daya pemacu baru di negara ini, pemilihan Mohamad Sabu sebagai salah seorang ikonnya sangat betul dan kena pada waktunya.

Gerakan sosial dan politik dimainkan Mohamad menjadikan beliau adalah antara tokoh ulungnya di era pasca merdeka ini. Sebenarnya Mohamad bukan terbatas kepada lingkaran itu sahaja, tetapi dia juga adalah figure antarabangsa dengan penyertaan dan lawatannya ke luar negara.

Seperti mana disebut oleh Prof Redhuan Othman yang menjadi penyelia kepada kerja menyiapkan tesis itu, Mohamad Sabu adalah orang terawal dijemput oleh kerajaan Revolusi Iran untuk membuat lawatan ke negara berkenaan, bersama pemimpin lain. Ertinya pendedahan dengan dunia luar ke atas Mohamad Sabu memungkin dia meluaki pengalaman dan sejarah terlalu luas. Pemikiran Mohamad juga bukan sahaja terpancar dalam negara bahkan hingga ke universiti Frankfurt. Cuma seperti kata Redhuan, perjalanan dan pemikiran Mohamad Sabu tidak dirakam dalam bentuk tulisan menyebabkan ia seakan tidak terpandang dan tiada dalam rak di perpustakaan.

Namun bagi mereka yang menjejaki perjuangan Mohamad Sabu dari awal sejak di alam kampus, mengenali siapa dia Mohamad Sabu yang kini adalah tokoh sepertinya yang tidak ada tolak banding dalam Pas. Hatta kalau hendak diukur dengan Presiden Pas Abdul Hadi Awang pun, Mohamad mendahului Abdul Hadi.

Di sini saya tidak mahu menokok tambah apa yang ditulis dan disimpulan oleh Ikhwaniata. Saya akan menurunkan kesimpulan tesisnya mengenai Mohamad Sabu.

Menurut Ikwaniata Mohamad Sabu merupakan seorang pemimpin PAS yang hebat dan istimewa dalam politik tanah air sejak dibangku sekolah lagi. Mohamad Sabu memulakan perjuangan awal bersama Abim sebelum menyertai Pas tahun 1978.

Menurut kajiannya, Mohamad melalui tiga peringkat perjuangan. Peringkat pertama menggunakan pentas ceramah untuk menyampaikan pemikirannya. Peringkat inilah yang mempopularkan diri Mohamad Sabu kemudian menjadi figure penting. Ceramahnya mendapat sambutan ramai hingga digelar sebagai raja pentas.

Dalam kajian Ikwaniata kehebatan Mohamad Sabu berceramah sama hebat dengan tokoh Pas, Zulkefli Mohamad. Ceramahnya juga berjaya menarik perhatian ramai dan ini secara tidak langsung Mohamad menjadi aset kepada Pas untuk mengutip dana perjuangan.Manakala menurut Subky Latif kata pengkaji Mohamad Sabu adalah Bapa Kemerdekaan Baru, tentunya kenyataan ini kerana Mohamad cuba membetulkan sejarah kemerdekaan negara ini yang dikelirukan.

Mengenai topik yang disentuh Mohamad Sabu dalam ceramah-ceramahnya menurut Ikwaniata, isu-isu agama, penyalahgunaan kuasa, rasuah, demokrasi dan sebagainya. Maklumat mengenai penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan sampai ke pengetahuan rakyat menerusi ceramah Mohamad Sabu. Kelebihan bagi Mohamad Sabu dalam ceramah dapat mengolah isu dengan baik yang menjadireal kepada pendengar.

Peringkat kedua Mohamad menggerakkan perjuangannya ialah menerusi jalan raya. Mohamad menjadikan jalan raya sebagai platforum untuk menggerakkan rakyat bagi menuntut ketidakadilan dan menentang kezaliman dan kerakusan. Beliau memimpin tunjuk perasaan yang disertai puluhan ribu rakyat dari berbagai kaum. Kehebatan tunjuk perasaan yang dikepalai Mohamad ini juga sekaligus menjadikan beliau digelar sebagai Imam Jalan Raya, oleh Saifuddin Nasution.

Manakala peringkat ketiga perjuangan Mohamad Sabu menurut Ikwaniata menggabungkan kedua-duanya, iaitu pentas ceramah dan jalan raya dimana terhasillah rundingan dan persepakatan politik. Peringkat ketiga ini semakin jelas selepas Mohamad Sabu dilantik menjadi Timbalan Presiden PAS pada 2011. Kolobrasi politik antara kaum dengan satu semangat dan harapan menumbangkan UBN semakin hebat.

Menurut Ikwaniata sebagai seorang Timbalan Presiden, peranan Mohamad Sabu adalah membantu Presiden seperti dalam Fasal 23 (2) Perlembagaan PAS. “Saya bukanlah yang terbaik, tetapi insya Allah akan membantu ke arah itu”. Mohamad Sabu juga menjadi jambatan penghubung PAS dengan NGO dan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.

Bagi pengamatan Ikwaniata Timbalan  Presiden PAS ini dilihat mempunyai kelebihan terutamanya melebarkan pengaruh PAS kepada bukan Melayu khasnya masyarakat Cina, India dan lain-lain. Dalam masa yang  sama, beliau menjadi ‘perunding’ untuk menarik pemimpin UMNO dan bekas penjawat awam untuk menyertai PAS. Ini tidak tersangkal beberapa tokoh dan pemuka Umno telah menyeberang bersama Pas, seperti Muhammad Taib, Tamrin Ghafar, Sobree Shafee dan lain-lain.

Selain itu juga pengkaji menyimpulkan Mohamad sebagai pemimpin tahan diuji. Mohamad sepanjang perjuangan bersama Pas telah ditahankan dibawah akta ISA dua kali, ditangkap polis berkali-kali serta dihadap ke mahkamah serta dibicarakan ribuan kali. Usaha paling keji kepada Mohamad ialah untuk membunuh kerjayanya menerusi character assassinations, termasuk memerangkapkan beliau dalam bilik hotel dengan perempuan kemudian dituduh di mahkamah syariah.

Membaca kesimpulan tesis ini meletakkan Mohamad Sabu sebagai tokoh penghubung Pas dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan seorang pejuang yang gigih dan kental serta bejiwa waja. Dalam erti kata lain Mohamad Sabu adalah watak penting bagi Pas. Ia sesuai dengan apa ditekankan oleh beberapa pemerhati dan pengulas politik sebelum ini, Pas akan kerugian besar kalau Mohamad Sabu tidak dikekalkan di jawatan yang ada sekarang ini.

Paling menarik ialah Mohamad Sabu dilihat seorang berani mengemukakan idea dan pandangan baru yang kontradik dengan sejarah. Misalnya pengikhtirafan Mohamad Sabu kepada Mat Indra sebagai seorang pejuang Melayu dan bukan komunis. Hal ini disifatkan oleh Prof Dr Redhuan sebagai keberanian Mohamad Sabu berhujah dan membentangkan pemikirannya.

Gara-gara kenyataan Mohamad Sabu itu kata Redhuan menyebabkan para sarjana terpaksa membetulkan persepsi dan fakta sejarah ke negara ini termasuk mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah bagi memberi gambaran Mat Indra bukan penentang penjajah.

Kesimpulan dari saya, tesis ini sangat berharga dan boleh dijadkan panduan terbaik kepada ahli Pas dalam mengenali pemimpin mereka. Apa diperkatakan Ikwaniata adalah secara jujur dan bukan dibina sokongan itu atas rasa taksub, hormat guru melebihi tepi jubahnya, melainkan berdasarkan fakta dan sejarah yang dinilai dan dihuraikan secara ilmiah.

Manakala untuk adil bolehlah cari mana-mana tesis mengenai orang yang hendak mencabar kedudukan Mohamad Sabu dikedudukan nombor dua itu bagi dijadikan perbandingan. Adakah?

Pengarang: Mohd Sayuti Omar

Sumber: http://msomelayu.blogspot.com/2015/05/mohamad-sabu-dalam-tesis.html?m=1

Tiba-tiba Hadi Awang ‘puji’ RMK11

Hadi AwangPresiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan pujian kepada Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentangkan Perdana Menteri di parlimen tempohari.

Kata Abdul Hadi, ada perkara positif dalam rancangan kerajaan itu walaupun pada masa sama, ada yang negatif. Begitulah mesranya Abdul Hadi dengan UMNO sekarang ini. Satu perubahan drastik yang amat berbeza dengan pendiriannya dahulu yang bersikap keras terhadap UMNO dan kerajaan BN (UBN).

Sikap keras beliau terhadap UBN sekarang ini di halakan pula kepada rakan-rakan dalam parti beliau sendiri dan Pakatan Rakyat (PR). Pelbagai gelaran baru seperti barua, broker dan tolol telah diberikan kepada ahli-ahli PAS yang tidak sealiran dengan beliau di samping sikap keras beliau terhadap pemimpin-pemimpin parti-parti di dalam PR.

Ramai di kalangan aktivis PR sekarang ini menyebut kepimpinan PAS khususnya Abdul Hadi dan penasihat-penasihat kepimpinan beliau yang terdiri dari kumpulan ustaz-ustaz muda kelihatan seolah-seolah mahu bermusuhan dengan semua pihak sekarang kecuali pihak UBN.

Walaupun sering di nafikan secara lisan bahawa parti itu hendak bergabung dengan UMNO tetapi dari tindak-tanduk dan perbuatan menunjukkan beliau cenderung kearah itu dengan banyaknya bukti-bukti jelas yang boleh diperolehi dengan mudah terutama secara online. Tidak cukup sekadar itu Abdul Hadi sudah mula ‘menyanyi’ kan semula lagu-lagu kerajaan perpaduan (UG) bersama UMNO setelah kematian Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz, mantan Mursyidul Am PAS.

Merujuk semula kepada isu RM11 di atas, Harakahdaily melaporkan Abdul Hadi sebagai berkata, antara perkara positif di dalam RMK11 pada pandangan Ahli Parlimen  Marang itu ialah “kemudahan yang sudah ada.” Suatu jawapan yang sangat simplistik dan tidak menggambarkan beliau sebagai pemimpin pembangkang.

Dalam kenyataan sama, Abdul Hadi juga menyatakan pendirian PAS untuk “memberi peluang kepada kerajaan untuk membetulkan semua kelemahan itu.” Kenyataan ini menimbulkan pelbagai persoalan. Ungkapan memberi peluang tersebut boleh di tafsirkan sebagai mahu kepimpinan sedia meneruskan pemerintahan sedangkan sepatutnya sebagai pemimpin pembangkang beliau sepatutnya mengatakan bahawa kepimpinan yang ada sekarang tidak mampu lagi untuk menyelesaikan masalah rakyat. Contohnya seperti skandal 1MDB yang nampaknya tidak mampu di selesaikan oleh Perdana Menteri yang rata-rata dikritik oleh pihak luar dan dalam kerajaan sekarang ini termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin.

Pengarang: Admin Kejar.Org

Sumber gambar: MalaysiaKini, http://www.malaysiakini.com/news/299326

 

Mat Taib: Ada yang tak kena pada PAS

muhammad-taib-april22“Kalau rasa masuk PAS hanya untuk mendapatkan keredaan Allah, Putrajaya tak penting, saya rasa ada yang tak kena dengan dia,” kata Tan Sri Muhammad Muhammad Taib hari ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas kemunculan kumpulan ulama tertentu dalam PAS yang bermati-matian mempertahankan presiden mereka dan menolak bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk mengalahkan kerajaan.

Bagaimanapun bekas Naib Presiden UMNO itu tidak menyebut sebarang nama dalam kenyataan berkenaan.

Menurut Muhammad PAS kini kekurangan pemimpin muda yang boleh diketengahkan sebagai pemimpin dalam negara.

“Walaupun ada tokoh muda yang baik dan alim menyetai PAS, mereka tidak memiliki kualiti sebagai pemimpin nasional,” katanya.

Kumpulan itu, katanya, mungkin mahir menjadi imam dalam solat atau acara keagamaan namun gagal memahami isu semasa seperti skandal 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta hubungan antarabangsa.

Itu pun tak tahu

“Boleh baca ayat al-Quran, hafal ini itu (di luar negara), balik jadi pemimpin. Tapi golongan muda ni kalau mintak terangkan 1MDB, tak tahu. Pasal GST tak berani. Pasal hubungan antarabangsa tak faham.

“Kenapa Turki hantar kapal perang nak bantu pelarian Rohingya pun tak tau,” katanya.

Menurut Muhammad, kalau seseorang itu menjadi ketua hanya kerana tahu membaca al-Quran dan hadis semata-mata tanpa memahami realiti, ia tidak memadai untuk diangkat sebagai pemimpin.

Sementara itu Muhammad juga menyatakan rasa kecewa terhadap pertelingkahan dalam Pakatan kerana gabungan itu sepatutnya menjadi alternatif terbaik menggantikan BN.

Katanya, dengan berpecah-belah, Pakatan terlepas peluang berkenaan.

“Bagus kalau ada sistem dua parti – Pakatan dan BN.

“Mana-mana yang mampu memberikan yang terbaik wajar mentadbir negara,” katanya.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/299402

Gambar: http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/muhammad-taib-april22.jpg

 

‘Kalau nak bergabung sangat, pergilah…’

Lim Guan EngSetiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini semakin berkelakuan seperti “pemimpin Umno” dengan memainkan sentimen perkauman sambil menyerang parti berkenaan.

Semakin lama, kata Lim, Abdul Hadi dilihat lebih sebagai pemimpin Umno berbanding Presiden PAS.

“Adakah ini kerana beliau nak (menjayakan) kerajaan perpaduan? Beliau tetap sokong perdana menteri walaupun Lembaga Tabung Haji ada masalah?” kata Lim dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu, jika Abdul Hadi benar-benar mahu membina kerajaan perpaduan dengan BN dan Umno, dia boleh melakukannya secara terang-terangan.

Semalam sebuah laman web melaporkan kenyataan Abdul Hadi mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Kata Abdul Hadi, PAS bersedia memutuskan hubungannya dengan Pakatan ekoran isu kabinet bayangan.

Main sentimen kaum

Abdul Hadi juga berkata, DAP bertindak angkuh dan pelan mereka “tidak realistik” apabila kabinet bayangan yang dibentuk parti berkenaan gagal mempertimbangkan pelbagai isu dalam perlembagaan.

“Dia (DAP) nak putus, putuslah. Saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk.

“Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun banyak,” katanya di Marang semalam.

Lim berkata, tindakan Abdul Hadi menyerang DAP mungkin sekadar usahanya mencari alasan untuk membentuk gabungan kerajaan bersama BN.

“Kalau nak gabung, pergilah. Jangan cari alasan macam ni. Jangan hilang akal macam ni. Sekarang dia (Abdul Hadi) main sentimen perkauman untuk serang DAP.

“DAP tak pernah cakap nak memerintah negara secara sendirian,” katanya.

Rahsia hati Abdul Hadi

Menganggap kenyataan Abdul Hadi sebagai fitnah, Lim juga menjelaskan sikap ditunjukkan Ahli Parlimen Marang itu bukanlah sifat seorang pemimpin PAS yang boleh disegani semua rakyat Malaysia.

Lim berkata, ‘kabinet bayangan’ yang dilaporkan media itu bukanlah usaha DAP untuk membentuk kerajaan secara sendirian.

Katanya, DAP hanya melantik 37 ahli parlimen parti itu untuk bertindak sebagai jurucakap kepada 18 kementerian yang ada.

Malah, katanya, ahli parlimen yang dilantik itu terdiri daripada pelbagai bangsa berbanding PAS yang hanya diwakili ahli parlimen satu bangsa saja.

“Jelas hati dia (Abdul Hadi) tak ada bersama Pakatan Rakyat lagi,” katanya.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/299375

Keluhan Aishah Dengan Perkembangan PAS

aisyah_penyanyiBerikut adalah petikan dari posting Facebook Saudara Kamal Koh mengenai kenyataan bekas selebriti Aishah yang juga merupakan calon PAS bagi PRU 13 di Negeri Sembilan:

Masa saya mula-mula masuk PAS saya sangat impress kerana PAS telah melangkah dari parti Pak Lebai ke parti yang lebih terbuka kepada jemaah berbagai bidang.

Bagi saya kalau PAS betul-betul nak memerintah Malaysia satu hari nanti, ini satu langkah yang mesti (di ambil).

Tapi sekarang tidak lagi begitu. “PAS For All” has become a bit of a joke. Sebagai orang baru saya terkejut dgn penggunaan bahasa setengah-setengah orang yang dipanggil faqih dlm agama.

Rasanya dalam industri yang orang anggap jahil pun masih ada sikap toleransi dan hormat. Sekarang maki hamunnya (di dalam PAS agak memeranjatkan).

Saya tidak kecewa dengan perjuangan Islam tetapi saya kecewa dgn apa yg berlaku dlm PAS yg kononnya perjuangkan Islam. Ini ke akhlak yang nak kita tunjukkan kepada non muslims bila sesama jemaah pun berantakan. Respect has to be earned not commanded from!

Komen Admin: Tunggulah muktamar yang akan datang nanti. Mungkinkah akan ada lagi kejutan-kejutan bahasa yang bakal berlaku oleh golongan faqih di dalam PAS?

Dengar sendiri ucapan asal Lim Kit Siang yang di katakan menghina hudud

Masyarakat bermaklumat akan menilai sejauh mana kebenaran tuduhan sebahagian pimpinan PAS terhadap LKS. Jangan rosakkan imej PAS dan imej Islam oleh kerana mengejar matlamat politik murahan. Bersikap adil walaupun terhadap musuh, apatah lagi terhadap rakan persepakatan. Rakyat menilai dan lebih penting, Allah melihat dan tahu segala-galanya – Khalid Samad.