Warning: include_once(/home5/zaipulco/public_html/wp-includes/streams.php) [function.include-once]: failed to open stream: No such file or directory in /home5/zaipulco/public_html/wp-settings.php on line 273
Warning: include_once() [function.include]: Failed opening '/home5/zaipulco/public_html/wp-includes/streams.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home5/zaipulco/public_html/wp-settings.php on line 273
Warning: include_once(/home5/zaipulco/public_html/wp-includes/gettext.php) [function.include-once]: failed to open stream: No such file or directory in /home5/zaipulco/public_html/wp-settings.php on line 274
Warning: include_once() [function.include]: Failed opening '/home5/zaipulco/public_html/wp-includes/gettext.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home5/zaipulco/public_html/wp-settings.php on line 274 unikl « Zaipul.Com
Hari Keluarga Staf Akademik dan Pentadbiran IPROM UniKL pada tahun ini di adakan pada 7 November 2009 di Sunway Lagoon, Bandar Sunway, Selangor. Seramai lebih kurang 28 orang staf bersama-sama dengan 32 orang ahli keluarga telah menyertai program hari keluarga IPROM pada tahun ini. Walaupun jumlahnya berkurangan dari tahun lepas namun suasana meriah hari keluarga masih dapat di rasakan oleh semua peserta.
Program di mulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Sanusi di ikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Dekan, Prof. Dr. Ahmad Zakaria. Program kemudiannya diteruskan dengan acara-acara permainan di Surf Beach selepas selesai program sarapan pagi beramai-ramai bersama-sama dengan ahli keluarga.
Terdapat tiga permainan di sediakan untuk staf dan ahli keluarga mereka manakala satu permainan disediakan khas untuk kanak-kanak.
Program tamat sekitar waktu tengahari, setelah itu staf dan ahli keluarga mereka bebas untuk meneruskan program mereka sendiri bersama ahli keluarga mereka di taman tema tersebut.
Saya meneruskan program riadah bersama ahli keluarga di Sunway Lagoon bagi mengambil kesempatan tiket percuma yang di sediakan untuk hampir kesemua bahagian di theme park tersebut. Walaupun saya pernah bekerja di Monash University, Sunway Campus sebelum ini (ofis saya di Monash hanya bersebelahan dengan Sunway Lagoon, terdapat satu ‘lorong tikus’ dari pejabat saya untuk terus ke Sunway Lagoon) tapi ini lah kali pertama saya menghabiskan masa bersama keluarga ‘explore’ semua jenis permainan dan tempat-tempat menarik di sana. Kami menghabiskan masa di sana hingga ke petang dan pulang dengan harapan lain kali boleh dapat tiket percuma lagi :-).
Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil secara rawak ketika program tersebut berlangsung (dengan menggunakan kamera PDA Phone Omnia saya saja, kemudian nanti akan saya upload kan gambar yang beresolusi lebih tinggi setelah menerimanya dari pihak teknikal IPROM).
Semalam (Sabtu 18/10/2009) saya bersama isteri telah menziarahi Rumah Anak Yatim Shifa di Taman P. Ramlee, Setapak, KL. Lawatan tersebut adalah sebahagian dari program Co-Curiculum 1 pelajar-pelajar Semester 1 IPROM UniKL. Saya hadir sebagai pensyarah pengiring di samping Ustaz Sanusi yang merupakan pensyarah bagi matapelajaran tersebut.
Saya telah di bawa bertemu dengan pengasas dan pengerusi rumah anak yatim tersebut, Pn. Hjh. Che Tom (atau lebih mesra dengan panggilan Mak Tom) oleh Ustaz Sanusi. Mak Tom telah memberikan sedikit briefing mengenai sejarah penubuhan dan aktiviti rumah anak yatim tersebut sebelum saya dan isteri keluar semula untuk memberikan sedikit ucapan dan meneruskan program yang telah dirancangkan.
Amat mengkagumkan saya, rumah Anak Yatim Shifa’ adalah hasil dari usaha dan perbelanjaan Mak Tom sendiri. Beliau telah mengusahakan rumah tersebut single-handedly dengan segala susah payah bermula dari tahun 2006. Kini rumah tersebut telah mendapat segala pengiktirafan yang di perlukan dari pihak yang berwajib dan juga dari pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan.
Rumah tersebut sekarang ini menampung sejumlah 15 orang anak yatim yang berumur dari 5 - 17 tahun. Mereka kelihatan agak pasif dan pemalu pada mulanya tetapi setelah beberapa ketika jelas kepada kami bahawa mereka ini sebenarnya telah di didik dengan baik oleh Mak Tom sendiri. Kanak-kanak tersebut telah sudi untuk memberikan satu persembahan nasyid lengkap dengan alat muzik yang menarik perhatian hadirin di dalam majlis jamuan Aidil Fitri yang di anjurkan oleh pelajar-pelajar IPROM yang yang turut serta di dalam program Co-Curiculum 1 tersebut.
Majlis di teruskan dengan pemberian hadiah sebagai cenderahati kepada anak-anak tersebut di ikuti dengan cabutan bertuah dan pemberian hamper.
Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada pelajar-pelajar tersebut yang telah berjaya menjalankan program tersebut dengan baik, mudah-mudahan usaha mereka akan dibalas Allah dengan ganjaran yang terbaik.
Begitu juga dengan Mak Tom kami semua mendoakan semoga beliau di berikan kekuatan dan pertolongan oleh Allah di dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan yang tuntut oleh Islam ini.
Rasulullah s.a.w. memberi galakan dengan memberi janji ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang memberi perlindungan kepada anak yatim. Ini berdasarkan beberapa potong hadis baginda yang bermaksud: “Aku dan penjaga kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga”. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda iaitu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu. (Riwayat Muslim ).
Misalan yang disebut dan ditunjukkan oleh baginda itu menggambarkan akrabnya kelak orang yang menjaga dan memelihara anak yatim bersama baginda di dalam syurga. Memberi perlindungan dalam hadis ini bermaksud: memberi nafkah, pakaian, tempat tinggal, mengajar mereka agama, adab dan akhlak serta mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada negara. Kelebihan ini diperoleh sama ada dengan melindungi anak yatim dengan hartanya atau pun dengan harta anak yatim yang ditinggalkan melalui pentadbiran dan pengurusan yang baik.
Jika saudara-saudari ingin memberikan sumbangan kepada rumah anak-anak yatim tersebut, berikut adalah butirannya:-
Rumah Anak Yatim Shifa’,
No. 5 Lorong Bunga China, Taman P. Ramlee, Setapak, 53000 Kuala Lumpur.
No. tel: 017-3387959 (Hjh. Che Tom)
Email: shifa_praktis@yahoo.com
Akaun Maybank: 5614066-429233
Akaun CIMB: 1438-0005685-05-9
Di bawah adalah video persembahan anak-anak tersebut yang sempat saya rakamkan dengan menggunakan telefon bimbit saya.
Rasulullah s.a.w. memberi galakan dengan memberi janji ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang memberi perlindungan kepada anak yatim. Ini berdasarkan beberapa potong hadis baginda yang bermaksud: Aku dan penjaga (memberi perlindungan) kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda ia itu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu. (riwayat Muslim ).
Misalan yang disebut dan ditunjukkan oleh baginda itu menggambarkan akrabnya kelak orang yang menjaga dan memelihara anak yatim bersama baginda di dalam syurga. Memberi perlindungan dalam hadis ini bermaksud: memberi nafkah, pakaian, tempat tinggal, mengajar mereka agama, adab dan akhlak serta mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada negara.
Kelebihan ini diperoleh sama ada dengan melindungi anak yatim dengan hartanya atau pun dengan harta anak yatim yang ditinggalkan melalui pentadbiran dan pengurusan yang baik.
Dalam sepotong athar daripada Abi Umamah berkata : “Barang siapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah baginya pahala atas setiap helai rambut yang disentuhnya.â€
Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatimRasulullah s.a.w. memberi galakan dengan memberi janji ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang memberi perlindungan kepada anak yatim. Ini berdasarkan beberapa potong hadis baginda yang bermaksud: Aku dan penjaga (memberi perlindungan) kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda ia itu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu. (riwayat Muslim ).
Misalan yang disebut dan ditunjukkan oleh baginda itu menggambarkan akrabnya kelak orang yang menjaga dan memelihara anak yatim bersama baginda di dalam syurga. Memberi perlindungan dalam hadis ini bermaksud: memberi nafkah, pakaian, tempat tinggal, mengajar mereka agama, adab dan akhlak serta mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada negara.
Kelebihan ini diperoleh sama ada dengan melindungi anak yatim dengan hartanya atau pun dengan harta anak yatim yang ditinggalkan melalui pentadbiran dan pengurusan yang baik.
Dalam sepotong athar daripada Abi Umamah berkata : “Barang siapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah baginya pahala atas setiap helai rambut yang disentuhnya.â€
Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.
The 4th Chem-E-Car Competition 2009 organised by the Institution of Engineers Malaysia (IEM) saw University Kuala Lumpur Institute of Chemical and Bioengineering Technology (UniKL MICET) seized the first place by its invention of MICET-E Car. This annual competition was held on March 5, 2009 at UniKL MICET, Taboh Naning, Melaka. As a co-host, UniKL was proud to take part in this national competition as an effort to promote the discipline of chemical engineering. This competition is a positive platform for chemical engineering undergraduates to show their creativity and innovativeness in utilizing their knowledge.
Seven local universities participated in this competition including UniKL. These universities namely Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknikal MARA and Universiti Teknologi Petronas. YB. Dato’ Noh bin Haji Omar, Minister of Entrepreneur and Co-operative Development (MeCD), was represented by the Chairman of UniKL Board of Directors, YBhg. Dato’ Haji Mohamad Rais Haji Zainuddin, Chairman, Board of Directors UniKL, in the officiating ceremony.
The officiating speech highlighted MeCD’s commitment in giving continuous support for efforts taken by institutions to involved students from higher learning institutions (IPTA/IPTS) in events that will develop their creativity and innovativeness. According to the Ministry, this efforts are vital due to the impending depletion of natural resources. Thus, the Ministry urged the younger generation to apply their knowledge to the highest peak in researching and producing new resources and invention for alternative fuel. Events such as this will enable students to commercialise their invention.
This competition was organised and sponsored by IEM since 2005. IEM will reward the winning team of CHEM-E-CAR car competition by sponsoring them to the upcoming 8th World Chemical Engineering Congress which will commence in August, 2009 at Montreal, Canada. This particular event is the most anticipated competition in chemical engineering.
Setelah membuat “Sergahan” di UNISEL Shah Alam, kami berangkat ke UNIKL pula. Kami tiba di UNIKL dalam jam 3 p.m. Keadaan di lobby UNIKL agak suram pada awalnya. Mereka semua tidak tahu bahawa Upin & Ipin bakal menyergah mereka. Tapi ada juga pelajar yang berbisik membuat andaian sesama sendiri, tertanya-tanya mengapakah ada krew Les’ Copaque berada di kawasan kampus mereka.
Lihatlah betapa hebatnya sambutan di UNIKL. Ramai di antara mereka tidak jadi hendak pulang sebaik sahaja melihat maskot muncul di kawasan lobby.
Apabila maskot muncul di perkarangan lobby UNIKL, para pelajar UNIKL semuanya terkejut. Ada juga yang menjerit dengan fanatik-Upin! Ipin! Tak sangka begitu ramai peminat Upin & Ipin di UNIKL ini.
En. Safwan dan Cik Idaman memberi kuiz filem Geng : Pengembaraan Bermula dan Upin & Ipin. Mahasiswa dan mahasiswi UNIKL berebut-rebut untuk mendapatkan pelekat kereta Geng…
Sementara menunggu kemunculan maskot buat kali kedua, En. Safwan dan penulis sempat membuat sesi kuiz Upin & Ipin. Menarik sungguh melihat gelagat warga UNIKL, bukan sahaja pelajar, malah ada juga staf yang cuba untuk menjawab soalan. Ada juga pelajar yang tidak mahu beralah semata-mata untuk mendapatkan pelekat kereta Geng.
Sekumpulan pelajar UNIKL bergambar bersama maskot Upin & Ipin
Staff Les’ Copaque Production bergambar kenangan di lobby UNIKL sebelum berangkat pulang
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UNIKL yang membenarkan kami untuk menjayakan program “Sergahan Upin & Ipin” ini. Kepada mereka yang masih lagi belum menonton filem Geng : Pengembaraan Bermula, cepat-cepat dapatkan tiket dan bawa kawan, keluarga, mahupun jiran untuk menonton beramai-ramai. Rugi kalau tak tengok!