Warning: include_once(/home5/zaipulco/public_html/wp-includes/streams.php) [function.include-once]: failed to open stream: No such file or directory in /home5/zaipulco/public_html/wp-settings.php on line 273

Warning: include_once() [function.include]: Failed opening '/home5/zaipulco/public_html/wp-includes/streams.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home5/zaipulco/public_html/wp-settings.php on line 273

Warning: include_once(/home5/zaipulco/public_html/wp-includes/gettext.php) [function.include-once]: failed to open stream: No such file or directory in /home5/zaipulco/public_html/wp-settings.php on line 274

Warning: include_once() [function.include]: Failed opening '/home5/zaipulco/public_html/wp-includes/gettext.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home5/zaipulco/public_html/wp-settings.php on line 274
news « Zaipul.Com

Posts Tagged ‘news’

Malaysia Inovatif – 2010 Diisytihar Tahun Inovasi Negara

Thursday, January 28th, 2010

Tahun 2010 telah diisytiharkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai tahun inovasi dan kreativiti, dikenali sebagai Malaysia Inovatif 2010.

Penganjuran Malaysia Inovatif 2010 adalah seiiring dengan hasrat Y.A.B. Perdana Menteri untuk melakukan perubahan melalui inovasi secara menyeluruh untuk membawa negara ke tahap ekonomi yang lebih maju. ‘Innovative Leadership for 1United, Innovative Malaysia’. Malaysia Inovatif 2010 telah pun di rasmikan semalam oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia pada 27 Januari 2010 pada jam 8.30 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dengan tema ‘Meraikan Kreativiti’, pelbagai acara dan program menarik telah dirancang di sepanjang tahun 2010 untuk menarik minat setiap golongan lapisan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat.

Sambutan Malaysia Inovatif 2010 akan dimeriahkan dengan penganjuran pelbagai acara dan program oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan, pihak swasta dan sektor Kerajaan. Orang ramai adalah dijemput untuk menyertai acara dan program-program berikut:-

Utara (Kangar) : 27 - 28 Februari 2010

Sabah (Keningau) : 24 - 25 April 2010

Timur (Kuala Terengganu) : 19 - 20 Jun 2010

Selatan (Pagoh) : 7 - 8 Ogos 2010

Sarawak (Sibu) : 16 - 17 Oktober 2010

Tengah (Melaka) : 13 - 14 November 2010

Program Jiran Muda Sabah dan Sarawak

  • 17 – 18 Jun 2010 di W.P. Labuan

Program Young Creative Asean

  • September 2010 di W.P. Labuan (akan diumumkan kemudian)

1Malaysia Innovation Tournament

  • 21 – 30 Ogos 2009 (YouTube)

Festival Malaysia Inovatif

  • 24 – 27 November 2010 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Malaysia Inovatif 2010 bertujuan menyedarkan masyarakat Malaysia terutama generasi muda dan akar umbi mengenai pentingnya inovasi dan kreativiti, dan seterusnya dapat membudayakannya sebagai amalan seharian. Ini bertepatan dengan konsep 1Malaysia di mana setiap anak Malaysia adalah modal insan berpotensi yang penting kepada negara. Oleh itu, budaya kreativiti dan inovasi perlu diterapkan supaya mereka dapat mengoptimakan potensi masing-masing ke arah menyumbang dalam pembangunan negara.

Sumber: Malaysiainovatif.Com