Warning: include_once(/home5/zaipulco/public_html/wp-includes/streams.php) [function.include-once]: failed to open stream: No such file or directory in /home5/zaipulco/public_html/wp-settings.php on line 273

Warning: include_once() [function.include]: Failed opening '/home5/zaipulco/public_html/wp-includes/streams.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home5/zaipulco/public_html/wp-settings.php on line 273

Warning: include_once(/home5/zaipulco/public_html/wp-includes/gettext.php) [function.include-once]: failed to open stream: No such file or directory in /home5/zaipulco/public_html/wp-settings.php on line 274

Warning: include_once() [function.include]: Failed opening '/home5/zaipulco/public_html/wp-includes/gettext.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home5/zaipulco/public_html/wp-settings.php on line 274
lawatan « Zaipul.Com

Posts Tagged ‘lawatan’

Lawatan ke Rumah Anak Yatim Shifa’

Monday, October 19th, 2009

Mak Tom, Zaipul Anwar, Nor Azizah & Pelajar-pelajar IPROM dan Anak-anak Rumah Anak Yatim Shifa'

Semalam (Sabtu 18/10/2009) saya bersama isteri telah menziarahi Rumah Anak Yatim Shifa di Taman P. Ramlee, Setapak, KL. Lawatan tersebut adalah sebahagian dari program Co-Curiculum 1 pelajar-pelajar Semester 1 IPROM UniKL. Saya hadir sebagai pensyarah pengiring di samping Ustaz Sanusi yang merupakan pensyarah bagi matapelajaran tersebut.

Saya telah di bawa bertemu dengan pengasas dan pengerusi rumah anak yatim tersebut, Pn. Hjh. Che Tom (atau lebih mesra dengan panggilan Mak Tom) oleh Ustaz Sanusi. Mak Tom telah memberikan sedikit briefing mengenai sejarah penubuhan dan aktiviti rumah anak yatim tersebut sebelum saya dan isteri keluar semula untuk memberikan sedikit ucapan dan meneruskan program yang telah dirancangkan.

Pn. Hjh. Thom @ Che Tom (Mak Tom) bt. Hj. Ujang

Amat mengkagumkan saya, rumah Anak Yatim Shifa’ adalah hasil dari usaha dan perbelanjaan Mak Tom sendiri. Beliau telah mengusahakan rumah tersebut single-handedly dengan segala susah payah bermula dari tahun 2006. Kini rumah tersebut telah mendapat segala pengiktirafan yang di perlukan dari pihak yang berwajib dan juga dari pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan.

Rumah tersebut sekarang ini menampung sejumlah 15 orang anak yatim yang berumur dari 5 - 17 tahun. Mereka kelihatan agak pasif dan pemalu pada mulanya tetapi setelah beberapa ketika jelas kepada kami bahawa mereka ini sebenarnya telah di didik dengan baik oleh Mak Tom sendiri. Kanak-kanak tersebut telah sudi untuk memberikan satu persembahan nasyid lengkap dengan alat muzik yang menarik perhatian hadirin di dalam majlis jamuan Aidil Fitri yang di anjurkan oleh pelajar-pelajar IPROM yang yang turut serta di dalam program Co-Curiculum 1 tersebut.

Majlis di teruskan dengan pemberian hadiah sebagai cenderahati kepada anak-anak tersebut di ikuti dengan cabutan bertuah dan pemberian hamper.

Bergambar selepas mengadakan persembahan oleh Anak-anak Yatim Rumah Shifa'

Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada pelajar-pelajar tersebut yang telah berjaya menjalankan program tersebut dengan baik, mudah-mudahan usaha mereka akan dibalas Allah dengan ganjaran yang terbaik.

Begitu juga dengan Mak Tom kami semua mendoakan semoga beliau di berikan kekuatan dan pertolongan oleh Allah di dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan yang tuntut oleh Islam ini.

Rasulullah s.a.w. memberi galakan dengan memberi janji ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang memberi perlindungan kepada anak yatim. Ini berdasarkan beberapa potong hadis baginda yang bermaksud: “Aku dan penjaga kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga”. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda iaitu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu. (Riwayat Muslim ).

Misalan yang disebut dan ditunjukkan oleh baginda itu menggambarkan akrabnya kelak orang yang menjaga dan memelihara anak yatim bersama baginda di dalam syurga. Memberi perlindungan dalam hadis ini bermaksud: memberi nafkah, pakaian, tempat tinggal, mengajar mereka agama, adab dan akhlak serta mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada negara. Kelebihan ini diperoleh sama ada dengan melindungi anak yatim dengan hartanya atau pun dengan harta anak yatim yang ditinggalkan melalui pentadbiran dan pengurusan yang baik.

Jika saudara-saudari ingin memberikan sumbangan kepada rumah anak-anak yatim tersebut, berikut adalah butirannya:-

Rumah Anak Yatim Shifa’,
No. 5 Lorong Bunga China, Taman P. Ramlee, Setapak, 53000 Kuala Lumpur.
No. tel: 017-3387959 (Hjh. Che Tom)
Email: shifa_praktis@yahoo.com
Akaun Maybank: 5614066-429233
Akaun CIMB: 1438-0005685-05-9

Di bawah adalah video persembahan anak-anak tersebut yang sempat saya rakamkan dengan menggunakan telefon bimbit saya.

Rasulullah s.a.w. memberi galakan dengan memberi janji ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang memberi perlindungan kepada anak yatim. Ini berdasarkan beberapa potong hadis baginda yang bermaksud: Aku dan penjaga (memberi perlindungan) kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda ia itu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu. (riwayat Muslim ).
Misalan yang disebut dan ditunjukkan oleh baginda itu menggambarkan akrabnya kelak orang yang menjaga dan memelihara anak yatim bersama baginda di dalam syurga. Memberi perlindungan dalam hadis ini bermaksud: memberi nafkah, pakaian, tempat tinggal, mengajar mereka agama, adab dan akhlak serta mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada negara.
Kelebihan ini diperoleh sama ada dengan melindungi anak yatim dengan hartanya atau pun dengan harta anak yatim yang ditinggalkan melalui pentadbiran dan pengurusan yang baik.
Dalam sepotong athar daripada Abi Umamah berkata : “Barang siapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah baginya pahala atas setiap helai rambut yang disentuhnya.”
Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatimRasulullah s.a.w. memberi galakan dengan memberi janji ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang memberi perlindungan kepada anak yatim. Ini berdasarkan beberapa potong hadis baginda yang bermaksud: Aku dan penjaga (memberi perlindungan) kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda ia itu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu. (riwayat Muslim ).
Misalan yang disebut dan ditunjukkan oleh baginda itu menggambarkan akrabnya kelak orang yang menjaga dan memelihara anak yatim bersama baginda di dalam syurga. Memberi perlindungan dalam hadis ini bermaksud: memberi nafkah, pakaian, tempat tinggal, mengajar mereka agama, adab dan akhlak serta mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada negara.
Kelebihan ini diperoleh sama ada dengan melindungi anak yatim dengan hartanya atau pun dengan harta anak yatim yang ditinggalkan melalui pentadbiran dan pengurusan yang baik.
Dalam sepotong athar daripada Abi Umamah berkata : “Barang siapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah baginya pahala atas setiap helai rambut yang disentuhnya.”
Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.