Warning: include_once(/home5/zaipulco/public_html/wp-includes/streams.php) [function.include-once]: failed to open stream: No such file or directory in /home5/zaipulco/public_html/wp-settings.php on line 273

Warning: include_once() [function.include]: Failed opening '/home5/zaipulco/public_html/wp-includes/streams.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home5/zaipulco/public_html/wp-settings.php on line 273

Warning: include_once(/home5/zaipulco/public_html/wp-includes/gettext.php) [function.include-once]: failed to open stream: No such file or directory in /home5/zaipulco/public_html/wp-settings.php on line 274

Warning: include_once() [function.include]: Failed opening '/home5/zaipulco/public_html/wp-includes/gettext.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home5/zaipulco/public_html/wp-settings.php on line 274
family day « Zaipul.Com

Posts Tagged ‘family day’

Hari Keluarga IPROM 2009

Thursday, November 12th, 2009

Hari Keluarga Staf Akademik dan Pentadbiran IPROM UniKL pada tahun ini di adakan pada 7 November 2009 di Sunway Lagoon, Bandar Sunway, Selangor. Seramai lebih kurang 28 orang staf bersama-sama dengan 32 orang ahli keluarga telah menyertai program hari keluarga IPROM pada tahun ini. Walaupun jumlahnya berkurangan dari tahun lepas namun suasana meriah hari keluarga masih dapat di rasakan oleh semua peserta.

Program di mulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Sanusi di ikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Dekan, Prof. Dr. Ahmad Zakaria. Program kemudiannya diteruskan dengan acara-acara permainan di Surf Beach selepas selesai program sarapan pagi beramai-ramai bersama-sama dengan ahli keluarga.

Terdapat tiga permainan di sediakan untuk staf dan ahli keluarga mereka manakala satu permainan disediakan khas untuk kanak-kanak.

Program tamat sekitar waktu tengahari, setelah itu staf dan ahli keluarga mereka bebas untuk meneruskan program mereka sendiri bersama ahli keluarga mereka di taman tema tersebut.

Saya meneruskan program riadah bersama ahli keluarga di Sunway Lagoon bagi mengambil kesempatan tiket percuma yang di sediakan untuk hampir kesemua bahagian diĀ theme park tersebut. Walaupun saya pernah bekerja di Monash University, Sunway Campus sebelum ini (ofis saya di Monash hanya bersebelahan dengan Sunway Lagoon, terdapat satu ‘lorong tikus’ dari pejabat saya untuk terus ke Sunway Lagoon) tapi ini lah kali pertama saya menghabiskan masa bersama keluarga ‘explore’ semua jenis permainan dan tempat-tempat menarik di sana. Kami menghabiskan masa di sana hingga ke petang dan pulang dengan harapan lain kali boleh dapat tiket percuma lagi :-).

Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil secara rawak ketika program tersebut berlangsung (dengan menggunakan kamera PDA Phone Omnia saya saja, kemudian nanti akan saya upload kan gambar yang beresolusi lebih tinggi setelah menerimanya dari pihak teknikal IPROM).