Tahun 2010 telah diisytiharkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai tahun inovasi dan kreativiti, dikenali sebagai Malaysia Inovatif 2010.
Penganjuran Malaysia Inovatif 2010 adalah seiiring dengan hasrat Y.A.B. Perdana Menteri untuk melakukan perubahan melalui inovasi secara menyeluruh untuk membawa negara ke tahap ekonomi yang lebih maju. ‘Innovative Leadership for 1United, Innovative Malaysia’. Malaysia Inovatif 2010 telah pun di rasmikan semalam oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia pada 27 Januari 2010 pada jam 8.30 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Dengan tema ‘Meraikan Kreativiti’, pelbagai acara dan program menarik telah dirancang di sepanjang tahun 2010 untuk menarik minat setiap golongan lapisan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat.
Sambutan Malaysia Inovatif 2010 akan dimeriahkan dengan penganjuran pelbagai acara dan program oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan, pihak swasta dan sektor Kerajaan. Orang ramai adalah dijemput untuk menyertai acara dan program-program berikut:-
Utara (Kangar) : 27 - 28 Februari 2010
Sabah (Keningau) : 24 - 25 April 2010
Timur (Kuala Terengganu) : 19 - 20 Jun 2010
Selatan (Pagoh) : 7 - 8 Ogos 2010
Sarawak (Sibu) : 16 - 17 Oktober 2010
Tengah (Melaka) : 13 - 14 November 2010
Program Jiran Muda Sabah dan Sarawak
Program Young Creative Asean
1Malaysia Innovation Tournament
Festival Malaysia Inovatif
Malaysia Inovatif 2010 bertujuan menyedarkan masyarakat Malaysia terutama generasi muda dan akar umbi mengenai pentingnya inovasi dan kreativiti, dan seterusnya dapat membudayakannya sebagai amalan seharian. Ini bertepatan dengan konsep 1Malaysia di mana setiap anak Malaysia adalah modal insan berpotensi yang penting kepada negara. Oleh itu, budaya kreativiti dan inovasi perlu diterapkan supaya mereka dapat mengoptimakan potensi masing-masing ke arah menyumbang dalam pembangunan negara.
Sumber: Malaysiainovatif.Com
]]>
Anda boleh muat turun lagu tema Malaysia Inovatif - Meraikan Kreativiti di sini. Lagu tema ini telah di lancarkan semasa pelancaran kempen Malaysia Inovatif 2010 yang telah pun di rasmikan semalam oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia pada 27 Januari 2010 pada jam 8.30 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sumber: http://www.malaysiainovatif.com
]]>
I’ve created a new site at http://www.malaysiainovatif.com in conjunction with the introduction of the new logo for Malaysia Inovatif 2010 made by Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Minister of Science, Technology and Innovation (MOSTI).
My intention is to use this site as reference for Malaysians creativity and innovation activities. For your information the design of the logo mimic an Apple Magic Mouse, here’s the photo of the mouse:-
You’re very much welcome to submit any interesting articles or news about Malaysian creativity and innovation and I’ll be happy to publish them. TQ.
Source: Zaipul.Com
]]>
Sedang lunch di Cafe Istana Budaya berhampiran Tasik Titiwangsa. Cafe ni makanannya sedap-sedap, bersih, berhawa dingin, mudah parking dan harga murah berbanding dengan suasana sekeliling cafe tersebut. Sering jugak terjumpa artis2 terkenal apabila minum di sini. Tak banyak restoran/cafe mcm ni di KL terutama harga makanannya yg sangat berpatutan. Saja nak promote sebab selalu hujung minggu asyik mkn di mamak sahaja :D.
]]>Program di mulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Sanusi di ikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Dekan, Prof. Dr. Ahmad Zakaria. Program kemudiannya diteruskan dengan acara-acara permainan di Surf Beach selepas selesai program sarapan pagi beramai-ramai bersama-sama dengan ahli keluarga.
Terdapat tiga permainan di sediakan untuk staf dan ahli keluarga mereka manakala satu permainan disediakan khas untuk kanak-kanak.
Program tamat sekitar waktu tengahari, setelah itu staf dan ahli keluarga mereka bebas untuk meneruskan program mereka sendiri bersama ahli keluarga mereka di taman tema tersebut.
Saya meneruskan program riadah bersama ahli keluarga di Sunway Lagoon bagi mengambil kesempatan tiket percuma yang di sediakan untuk hampir kesemua bahagian di theme park tersebut. Walaupun saya pernah bekerja di Monash University, Sunway Campus sebelum ini (ofis saya di Monash hanya bersebelahan dengan Sunway Lagoon, terdapat satu ‘lorong tikus’ dari pejabat saya untuk terus ke Sunway Lagoon) tapi ini lah kali pertama saya menghabiskan masa bersama keluarga ‘explore’ semua jenis permainan dan tempat-tempat menarik di sana. Kami menghabiskan masa di sana hingga ke petang dan pulang dengan harapan lain kali boleh dapat tiket percuma lagi :-).
Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil secara rawak ketika program tersebut berlangsung (dengan menggunakan kamera PDA Phone Omnia saya saja, kemudian nanti akan saya upload kan gambar yang beresolusi lebih tinggi setelah menerimanya dari pihak teknikal IPROM).
]]>Ustazah Siti Nor Bahyah berkata:-
1) P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. Jangan lah terlebih puji pulak naik tochang nanti susah pulak.
2) Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Peluk je jangan lebih2 pulak.
3) P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Yang ni lah yang kureng sikit, selalu complain aje.
4) ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
5) Siti Nor Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’ - amat penting.
6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7) Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. Ni yang suseh sikit ni, gerabak tu nak tinggalkan kat mana kalau kepala dia dah tak de?
8] Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Amin. Ini lah yang teramat penting sebagai Hamba Allah.
Siti Nor Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.
“Sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat”
Semalam (Sabtu 18/10/2009) saya bersama isteri telah menziarahi Rumah Anak Yatim Shifa di Taman P. Ramlee, Setapak, KL. Lawatan tersebut adalah sebahagian dari program Co-Curiculum 1 pelajar-pelajar Semester 1 IPROM UniKL. Saya hadir sebagai pensyarah pengiring di samping Ustaz Sanusi yang merupakan pensyarah bagi matapelajaran tersebut.
Saya telah di bawa bertemu dengan pengasas dan pengerusi rumah anak yatim tersebut, Pn. Hjh. Che Tom (atau lebih mesra dengan panggilan Mak Tom) oleh Ustaz Sanusi. Mak Tom telah memberikan sedikit briefing mengenai sejarah penubuhan dan aktiviti rumah anak yatim tersebut sebelum saya dan isteri keluar semula untuk memberikan sedikit ucapan dan meneruskan program yang telah dirancangkan.
Amat mengkagumkan saya, rumah Anak Yatim Shifa’ adalah hasil dari usaha dan perbelanjaan Mak Tom sendiri. Beliau telah mengusahakan rumah tersebut single-handedly dengan segala susah payah bermula dari tahun 2006. Kini rumah tersebut telah mendapat segala pengiktirafan yang di perlukan dari pihak yang berwajib dan juga dari pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan.
Rumah tersebut sekarang ini menampung sejumlah 15 orang anak yatim yang berumur dari 5 - 17 tahun. Mereka kelihatan agak pasif dan pemalu pada mulanya tetapi setelah beberapa ketika jelas kepada kami bahawa mereka ini sebenarnya telah di didik dengan baik oleh Mak Tom sendiri. Kanak-kanak tersebut telah sudi untuk memberikan satu persembahan nasyid lengkap dengan alat muzik yang menarik perhatian hadirin di dalam majlis jamuan Aidil Fitri yang di anjurkan oleh pelajar-pelajar IPROM yang yang turut serta di dalam program Co-Curiculum 1 tersebut.
Majlis di teruskan dengan pemberian hadiah sebagai cenderahati kepada anak-anak tersebut di ikuti dengan cabutan bertuah dan pemberian hamper.
Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada pelajar-pelajar tersebut yang telah berjaya menjalankan program tersebut dengan baik, mudah-mudahan usaha mereka akan dibalas Allah dengan ganjaran yang terbaik.
Begitu juga dengan Mak Tom kami semua mendoakan semoga beliau di berikan kekuatan dan pertolongan oleh Allah di dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan yang tuntut oleh Islam ini.
Rasulullah s.a.w. memberi galakan dengan memberi janji ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang memberi perlindungan kepada anak yatim. Ini berdasarkan beberapa potong hadis baginda yang bermaksud: “Aku dan penjaga kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga”. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda iaitu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu. (Riwayat Muslim ).
Misalan yang disebut dan ditunjukkan oleh baginda itu menggambarkan akrabnya kelak orang yang menjaga dan memelihara anak yatim bersama baginda di dalam syurga. Memberi perlindungan dalam hadis ini bermaksud: memberi nafkah, pakaian, tempat tinggal, mengajar mereka agama, adab dan akhlak serta mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada negara. Kelebihan ini diperoleh sama ada dengan melindungi anak yatim dengan hartanya atau pun dengan harta anak yatim yang ditinggalkan melalui pentadbiran dan pengurusan yang baik.
Jika saudara-saudari ingin memberikan sumbangan kepada rumah anak-anak yatim tersebut, berikut adalah butirannya:-
Rumah Anak Yatim Shifa’,
No. 5 Lorong Bunga China, Taman P. Ramlee, Setapak, 53000 Kuala Lumpur.
No. tel: 017-3387959 (Hjh. Che Tom)
Email: shifa_praktis@yahoo.com
Akaun Maybank: 5614066-429233
Akaun CIMB: 1438-0005685-05-9
Di bawah adalah video persembahan anak-anak tersebut yang sempat saya rakamkan dengan menggunakan telefon bimbit saya.
Saya mengadakan majlis rumah terbuka (Open House) secara kecil-kecilan di rumah saya semalam dan hanya menjemput jiran-jiran sebelah rumah dan student Final Year Project di bawah saya sahaja. Majlis di rancang agak tergesa-gesa selepas anak saya mengambil peperiksaan PMR itu hari.
Saya memohon berbanyak-banyak maaf kerana tidak dapat jemput lain-lain staf di IPROM dan di lain-lain tempat kerja saya dahulu, rakan-rakan kenalan lain yang rapat dan semua student-student saya. Insya Allah di masa yang akan datang di kesempatan yang lain saya akan jemput SEMUA SEKALI :-).
Terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan pelajar yang hadir ke rumah saya semalam. Rasa memang cukup seronok dapat kenal lebih rapat dengan pelajar-pelajar di kampus UniKL IPROM ni terutama yang sekarang ini sedang menyiapkan final year project mereka. Saya menganggap pelajar-pelajar saya ni lebih sebagai kawan atau adik-adik saya sendiri. Sikap ini memang telah lama tertanam di dalam diri saya sejak dari masa saya bekerja dan belajar di UTM dahulu lagi. Saya gembira jika dapat share sesuatu yang berguna dengan orang lain apa lagi jika dapat membantu mereka mencapai taraf kelayakan pendidikan yang lebih tinggi.
P/s: Saya amat menghargai kehadiran saudara-saudara semua dan memohon supaya perkenalan kita ini akan berterusan sehingga saudara-saudara semua telah graduate nanti serta memohon agar kita semua akan di rahmati dan di berkati Allah hendaknya, Insya Allah.
]]>
I’ve found a book on a method created by Professor Solomon on how to find lost objects. It is a very interesting book and would like to share it with you in this website.
Please let me know by commenting on this posting below should you have successfully found something that you’ve lost after reading this book. Thank you.
You may download it from here.
]]>Kita doakan juga semoga sambutan Syawal nanti akan dapat kita lakukan dengan menghayati ruh Ramadhan yang lalu. Saya sekeluarga ingin menyusun sepuluh jari mohon ribuan ampun dan maaf di atas sebarang kesilapan lalu yang telah di lakukan. Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua di bulan yang mulia ini. Amin!
Klik di sini utk video yang lebih besar!
[slideboom id=96812&w=616&h=461]
Gambar raya satu family di rumah mak mertua di Kota Tinggi.

