Saya sedang membaca buku karya Prof. Zaini Ujang yang bertajuk Universiti, Kreativiti & Inovasi. Saya dapati sukar untuk meletakkan buku ini dan ingin terus membacanya sehingga ke helaian terakhir. Setiap helaian di selak, seperti bertaburan jatuh permata ilmu yg tidak ternilai harganya dari buku ini.
Karya terkini Zaini Ujang ini mengimbau kembali zaman dahulu ketika mengejar kegemilangan ilmu semasa di Universiti. Kebetulan saya memang sezaman dan seuniversiti dengan beliau. Setiap bait yg diungkapkan beliau di dalam buku ini mengingatkan saya kembali kepada keazaman beliau di dalam mengembalikan peranan sebenar universiti sepertimana yang dipidatokan beliau semasa menjadi pemimpin mahasiswa zaman brother Anwar dulu.
Sekarang setelah menjadi orang nombor 1 di UTM, saya percaya beliau boleh melakukan perubahan yg disarankannya didalam buku ini. Rasa seperti ingin kembali ke UTM untuk bersama-sama menjayakan misi beliau ini. Apakan daya peluang saya di UTM dahulu tidak secerah beliau.
Anyway I wish all the best to you Dato’, would like to assist you in anyway I can. - Zaipul Anwar
Tags: buku, inovasi, kreativiti, university