Pagi tadi saya bersarapan di Restoran Ukhwah (Restoran Rakyat Satu (1) Malaysia) bersama dengan isteri saya sebelum ke tempat kerja kerana terpandangkan promosi sarapan pagi restoran tersebut. Promosinya ialah: Harga sekeping Roti Canai dengan secawan Teh Tarik hanya RM1.00! Murah tu… Apabila sampai di restoran tersebut saya agak terkejut kerana ’setting’ di dalam restoran tersebut yang kelihatan agak ‘mewah’ dan bersih kerana tanggapan saya ialah kalau harga murah maka ’setting’ di dalam restoran juga tentulah ‘murah’.
Di sekeliling restoran tersebut pula kelihatan banyak lagi papan tanda bangunan bertulis ‘UKHWAH’, rupanya restoran tersebut adalah milik Koperasi Ukhwah. Sedang minum-minum tiba-tiba isteri saya berkata, “Eh tu Din Beramboi kan”, saya pun menoleh ke kanan dan dapati, “Oh iya lah memang Din Beramboi”. Saya pun terus capai Omnia saya lalu mengambil gambar beliau dan gambar-gambar di sekeliling restoran tersebut. Di dalam hati saya, “Kalau aku ambil gambar-gambar ni lepas ni boleh lah poskan ke dalam blog dan Facebook aku”.
Tiba-tiba semasa mengambil gambar-gambar tersebut muncul pula Aznil Hj. Nawawi, saya pun beritahu isteri saya, “Eh Aznil lah”, beliau nampak terus ceria dan bangun jumpa Aznil minta bergambar. Saya agak terkejut dengan ‘keberanian’ isteri saya ketika itu. Begitulah kekuatan Aznil, tak kira muda atau tua, semuanya peminat. Apa yang menarik tentang Aznil bagi saya ialah beliau kelihatan lebih muda dari dalam televisyen. Saya pernah juga terserempak dengan dengan Aznil suatu masa dulu di Concorde Hotel (ketika tu Akademi Fantasia belum ada), dan kali ini bila jumpa sekali lagi nampak macam sama jer, tak berubah (ini kalau Aznil baca ni tentu suka dia :))

Waktu itu memang tak kenal kat Aznil sebab tak pernah tengok rancangan kendalian beliau. Tapi apabila kadangkala saya menonton rancangan-rancangan kendalian beliau sekarang seperti Macam-Macam Aznil, Tom-Tom Bak dan kadang-kadang Akademi Fantasia dulu , hati saya terdetik, “Hebat mamat ni.., semua jenis manusia dari pelbagai golongan dia boleh ‘handle’ “. Kalau tanya sekarang saya pun memang peminat Aznil jugak lah he he.
Berikut adalah gambar-gambar di sekitar restoran dan pertemuan tersebut. Aznil, Din Beramboi dan beberapa orang krew Radio Era sedang membuat liputan tentang promosi di Restoran Ukhwah. Kalau nak bersarapan dengan harga murah iaitu RM1.00 sahaja jengahlah restoran tersebut ya. Promosi berjalan sepanjang tahun….
Tags: makan-makan, restoran, selebriti




















kat mana restoran tu En.Zaipul?
Dekat Lorong Medan Tuanku 1, dengan dengan Jobstreet punya ofis sana..
Lorong Medan Tuanku 1?? Kat ner tu? Hows the taste??
cmni leh la sir bw bdk2 i.t mkn kt sne nnt
murah je tu hehehe..btol x sir
owhh dekat jer.. nanti saya datang sana pulak..
Ok ler, not bad
bila nak ajak ngeteh kat situ… nak ngeteh kat bank pembangunan dah takleh sbb dah tutup… hehe… dari student exe diploma utm
restoran ni kat area medan tuanku, KL. sebelah hotel Prescott. berhadapan dengan maju junction.
bukan hanya sarapan sahaja yang murah, makan tengah hari pun murah.
setiap hari jumaat ade promosi “ambil makanan sendiri, kira sendiri, bayar sendiri”. setiap sen yang kita bayar untuk makanan yang kita makan akan di dermakan kepada badan kebajikan seperti rumah anak2 yatim.
untuk keterangan lanjut boleh layari ‘www.ukhwah.com.my’
restoran rakyat 1 malaysia akan mengadakan pasar ramadhan di lorong medan tuanku 1 bersebelahan hotel prescott inn.kepada yang berminat untuk membuka gerai ramadhan di kawasan ini anjuran koperasi ukwah boleh lah mendapatkan borang di kaunter restoran ukwah dengan segera.pihak ukwah juga akan mengadakan majlis berbuka dengan hanya rm8.00 seorang dan juga turut menyediakan madrasah yg diubahsuai daripada pejabat property ukwah hartanah.di mana semua orang boleh menunaikan solat magrib insya dan terawih secara berjemaah.
Bila-bila pun boleh he he… especially breakfast, amacam? Apsal Bank Pembangunan tutup cafe dia eh, pelik jugak…
terima kasih kerana menjamu selera bersama kami di restorant rakyat 1 malaysia.
urmmmm..menarik gak blog cik zapul nie…nnt cik zaipul bwk budk2 claz pde 5 ekk..leh gak rase kesedpn mknn kt ctu..org kter,kalo org tlong byrkn mknn kiter,lgi sedp n nikmat mknn tu…he3
p/s: jage mare cik zaipul,nat cept tue tau he3
assalamualikum uncle aznil yg cute . uncle aznil duk KL kt mna?uncle dtg d kula kangsar d sekolah menengah raja perempuan kelsom
.