Saya mengadakan majlis rumah terbuka (Open House) secara kecil-kecilan di rumah saya semalam dan hanya menjemput jiran-jiran sebelah rumah dan student Final Year Project di bawah saya sahaja. Majlis di rancang agak tergesa-gesa selepas anak saya mengambil peperiksaan PMR itu hari.
Saya memohon berbanyak-banyak maaf kerana tidak dapat jemput lain-lain staf di IPROM dan di lain-lain tempat kerja saya dahulu, rakan-rakan kenalan lain yang rapat dan semua student-student saya. Insya Allah di masa yang akan datang di kesempatan yang lain saya akan jemput SEMUA SEKALI :-).
Terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan pelajar yang hadir ke rumah saya semalam. Rasa memang cukup seronok dapat kenal lebih rapat dengan pelajar-pelajar di kampus UniKL IPROM ni terutama yang sekarang ini sedang menyiapkan final year project mereka. Saya menganggap pelajar-pelajar saya ni lebih sebagai kawan atau adik-adik saya sendiri. Sikap ini memang telah lama tertanam di dalam diri saya sejak dari masa saya bekerja dan belajar di UTM dahulu lagi. Saya gembira jika dapat share sesuatu yang berguna dengan orang lain apa lagi jika dapat membantu mereka mencapai taraf kelayakan pendidikan yang lebih tinggi.
P/s: Saya amat menghargai kehadiran saudara-saudara semua dan memohon supaya perkenalan kita ini akan berterusan sehingga saudara-saudara semua telah graduate nanti serta memohon agar kita semua akan di rahmati dan di berkati Allah hendaknya, Insya Allah.
Tags: iprom, open house, student
