Archive for September, 2009

SALAM AIDIL FITRI 2009 - MAAF ZAHIR BATIN

Saturday, September 19th, 2009

Salam Aidil Fitri 2009. Maaf Zahir dan Batin Dari Kami Sekeluarga. Moga segala amal ibadah seperti puasa, solat, sedekah, tadarus Al-Quran dan zikir yang di amalkan pada bulan Ramadhan yang lalu di terima Allah hendaknya. Moga Allah akan mempertemukan kita lagi dengan bulan Ramadhan di tahun-tahun yang mendatang.

Kita doakan juga semoga sambutan Syawal nanti akan dapat kita lakukan dengan menghayati ruh Ramadhan yang lalu. Saya sekeluarga ingin menyusun sepuluh jari mohon ribuan ampun dan maaf di atas sebarang kesilapan lalu yang telah di lakukan. Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua di bulan yang mulia ini. Amin!

Klik di sini utk video yang lebih besar!

[slideboom id=96812&w=616&h=461]

Raya 2008

Gambar raya satu family di rumah mak mertua di Kota Tinggi.

Universiti, Kreativiti, Inovasi - Prof. Zaini Ujang

Thursday, September 17th, 2009

83886293_blog Saya sedang membaca buku karya Prof. Zaini Ujang yang bertajuk Universiti, Kreativiti & Inovasi. Saya dapati sukar untuk meletakkan buku ini dan ingin terus membacanya sehingga ke helaian terakhir. Setiap helaian di selak, seperti bertaburan jatuh permata ilmu yg tidak ternilai harganya dari buku ini.

Karya terkini Zaini Ujang ini mengimbau kembali zaman dahulu ketika mengejar kegemilangan ilmu semasa di Universiti. Kebetulan saya memang sezaman dan seuniversiti dengan beliau. Setiap bait yg diungkapkan beliau di dalam buku ini mengingatkan saya kembali kepada keazaman beliau di dalam mengembalikan peranan sebenar universiti sepertimana yang dipidatokan beliau semasa menjadi pemimpin mahasiswa zaman brother Anwar dulu.

Sekarang setelah menjadi orang nombor 1 di UTM, saya percaya beliau boleh melakukan perubahan yg disarankannya didalam buku ini. Rasa seperti ingin kembali ke UTM untuk bersama-sama menjayakan misi beliau ini. Apakan daya peluang saya di UTM dahulu tidak secerah beliau.

Anyway I wish all the best to you Dato’, would like to assist you in anyway I can. - Zaipul Anwar