Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak / Kareem kepada semua teman-teman dan rakan-rakan yang mengenali saya samada melalui perjumpaan secara fizikal maupun yang virtual. Semoga bulan Ramadhan tahun ini akan dapat menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah serta dapat mendekatkan lagi diri kita kepadanya.
Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya yang panjang yang menceritakan tentang kelebihan bulan Ramadhan, telah memerintahkan kita supaya memperbanyakkan 4 perkara berikut di dalam bulan ini iaitu:-
- Memperbanyakkan menyebut kalimah toyyibah, bertahlil kepada Allah (Laa ilah ha ilLah)
- Banyakkan beristighfar
- Doa meminta syurga (doa yang selalu kita baca sebaik habis setiap 2 rakat solat tarawikh)
- Doa meminta perlindungan dari neraka (doa yang di baca seperti tersebut di atas)
Saya teringatkan satu kisah dahulu apabila saya bertemu dengan seorang rakan lama dari Mesir, apabila saya ucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada beliau, beliau tiba-tiba menggeleng-gelengkan kepala sambil meletakkan jari telunjuknya di dua bibirnya seperti menyuruh saya diam. Beliau berkata di Mesir ada orang yang cukup sensitif jika di sebut Ramadhan Al Mubarak. Saya tanya kepada beliau, “kenapa?”
Beliau berkata di sana ada umat Islam yang anti dengan Hosni Mubarak maka mereka tidak akan menyebut “Ramadhan Al-Mubarak” tetapi sebaliknya menyebut “Ramadhan Kareem”. “Oh really?” kata saya menyahut, kami berdua tersengih dengan senyum yang penuh makna. Kemudian dalam hati saya menyebut, “sedap juga bunyi nya, oleh itu tahun ini saya pun mengucapkan: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak / Kareem kepada semua pembaca posting ini
P/S: Gambar hiasan di bawah adalah gambar anak bungsu saya, Zahiruddin, sedang berbuka puasa. Inilah kali pertama beliau dapat berpuasa penuh sehari, rasa gembira sungguh di hati saya, lalu saya capai cameraphone saya dan mengambil gambar beliau dengan harapan akan dapat jadi kenangan kepada beliau apabila besar nanti. Kalau tak silap 2+1 pinggan penuh habis petang tu juga beliau makan he he….
Oh lupa, hari ni juga adalah hari jadi saya 23 Ogos, Happy Birthday to me! Terima kasih banyak-banyak kepada yang mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada saya hari ni dan semalam. Ini first time saya dapat begitu banyak ucap Selamat Hari Jadi terutama dari rakan-rakan Facebook. Itulah kelebihan besar yang ada pada Facebook.



